in

“Konfem trauma” – [VIDEO] Orang Awam Gigih Angkat Keluar Kereta Pelajar Memandu Masuk Dalam Longkang

Kereta Masuk Longkang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti rasa berdebar setiap kali baru nak belajar memandu terutama sekali bila cikgu memandu suruh praktis di luar litar. Tambah-tambah lagi masa tu trafik sesak dan korang perlukan masa untuk biasakan diri nak tukar gear. Nak tambah lagi nervous bila kereta yang dipandu itu adalah jenis manual. Memang mencabar betul, dengan cuaca panas terik lagi!


Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dan juga merupakan cikgu memandu @ery_halim ada memuat naik satu video merakamkan sebuah kereta jenama Axia yang digunakan untuk belajar memandu dilihat termasuk dalam longkang.

@ery_halim

Hati hati ya gaissss ‼️ #akademimemandunasrom #kemalanganjalanraya #cikgumemandu

♬ suara asli – ?WILFEXBOR? – ?WILFEXBOR?

Dalam video berdurasi 20 saat itu, sebelah tayar kereta tersebut terlajak masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan kereta berkenaan sedikit terangkat. Mujur tiada sebarang kecederaan atau rempuhan dengan kenderaan lain berlaku.

6

Namun, ramai orang awam termasuk cikgu memandu gigih menolong untuk angkat keluar semula kereta tersebut daripada longkang. Semestinya tak dapat dinafikan yang kemalangan kecil seperti ini biasa terjadi walaupun kereta yang digunakan adalah jenis auto. Mungkin pelajar tu tak perasan ada longkang berdekatan!

Pada kapsyen video, guru memandu tersebut turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati, risau sesuatu yang buruk akan terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman pahit manis belajar memandu dan ada juga yang masih takut untuk mengambil lesen memandu.

4 2

Lepasni semua pelajar memandu kena sentiasa berhati-hati terutama sekali bila dekat jalan raya. Sentiasa peka dengan apa yang cikgu cakap okayy!

Baca: “Seram weh” – Gadis Alami ‘Microsleep’ Masa Memandu Waktu Malam Sampai Terlanggar ‘Divider’ Jalan”

5 4

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.