in

“Seram weh” – Gadis Alami ‘Microsleep’ Masa Memandu Waktu Malam Sampai Terlanggar ‘Divider’ Jalan

Page Kereta 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tanya orang yang selalu drive kereta ni, boleh dikatakan hampir kesemua mengakui bahawa mereka pernah mengalami ‘microsleep’ akibat mengantuk dan juga terlalu penat.


‘Microsleep’ merupakan keadaan di mana seseorang itu tak sedarkan diri secara tiba-tiba dalam masa yang singkat dan boleh berpanjangan hingga ke beberapa saat. Lebih teruk, ianya boleh menyebabkan kemalangan.

Seperti satu tweet yang dibuat menerusi akaun @AkeemSyarizal, telah berkongsikan tentang kejadian di mana seorang gadis mengalami ‘microsleep’ sehingga terlanggar ‘divider’ jalan sebaik saja terjaga dari ‘tidur’.

“Dia sempat control sterring dia balik”

Gadis itu dikatakan sempat mengawal sterengnya di tengah-tengah jalanraya selepas menyedari dirinya terlanggar ‘divider’ jalan dan juga bernasib baik kerana tiada kereta di depan dan di belakangnya.

“Uish, nasib baik dia sempat terjaga lepas accident tu. Bahaya betul weh” – Komen netizen

Selepas sedikit tenang, abang iparnya bersama isteri mengambil keputusan untuk memandu kereta gadis tersebut manakala Akeem ikut di belakang untuk memastikan selamat tiba sehingga ke Melaka.

Di akhir thread tweet yang sama, Akeem turut menasihatkan orang ramai supaya dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan lagi-lagi di waktu malam dan menggalakkan agar mempunyai teman semasa memandu.

Bahaya betul microsleep ni. Korang semua hati-hati tau bila drive tu…

Baca: “Bukan masa bawa kereta je boleh jadi” – BAHAYA ‘Microsleep’ Semua Orang Wajib Ambil Tahu!

Untitled 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.