in

Kon Waffle Tercipta Secara Tak Sengaja, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Ice Cream

Fakta Menarik Tentang Ice Cream 1 E1615102921813

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tak suka kan ice cream?


Kalau korang nak tahu, pencuci mulut sejuk pelbagai perisa ini ada sejarah dan fakta menarik yang tersendiri.

Nak tahu apa sejarah dan fakta menarik tu? Teruskan baca artikel ini!

1. Tak siapa tahu asal usul sebenar 

Fakta Menarik Ice Cream E1610873858848

Ada banyak versi dari mana datangnya pencuci mulut bernama ice cream ni. Antaranya, ada yang beranggapan, Maharaja Nero di zaman Rom Purba suka mencampurkan salji dengan buah dan madu. Sampaikan beliau selalu menghantar seseorang untuk ambil salji di gunung.

Selain itu, ada juga beberapa sejarawan yang menganggap Marco Polo merupakan orang pertama yang memperkenalkan makanan berupa ice cream di Eropah.

Katanya, Marco Polo mempelajari resepi daripada orang Cina yang mencampurkan salji yang telah diperisakan dengan nasi dan susu.

 

2. Kon wafel tercipta secara tak sengaja

Waffle Cone E1610874227426

Korang tahu tak yang sebenarnya kon ice cream bercorak waffle ni sebenarnya dicipta secara tak sengaja?

Pada tahun 1904, seorang vendor ice cream yang berniaga di World’s Fair, St. Louis, Missouri telah kehabisan kon ice cream selepas menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Disebabkan itu, vendor ini telah pergi ke penjual waffle yang berdekatan dan mereka berdua kemudiannya mendapat idea untuk menukarkan waffle kepada kon ice cream.

3. Resepi awal ada muntah paus

Fakta Menarik Ice Cream 2 E1610874985835

Kira-kira pada tahun 1668, seorang bangsawan Inggeris bernama Lady Anne Fanshawe telah menulis tangan resepi pertama ice cream. Tapi, bahan-bahan yang digunakan mungkin akan buat korang angkat kening.

Menurut sejarawan makanan, Ivan Day, antara bahan-bahan yang digunakan dalam resepi pertama ice cream adalah gula, sejenis rempah bernama mace dan ambergris.

Buat pengetahuan korang, ambergris ini adalah satu bahan yang muncul di dalam usus sperm whale yang kemudiannya akan keluar dari haiwan ini dalam bentuk seakan muntah. So maknanya dalam resepi terawal ice cream ada muntah paus?

4. Coklat vs. Vanila

Fakta Menarik Ice Cream 4 E1610875577633

Seperti mana berlakunya debat mengenai ayam atau telur yang datang dulu, dunia pencuci mulut ice cream juga ada perdebatan yang sama.

Ramai yang tertanya-tanya, antara perisa coklat dan vanila, mana satu yang datang dulu?

Kebanyakan orang akan menjawab perisa vanila yang datang dulu kerana warnanya yang putih.

Tetapi, menurut sejarah, perisa coklat adalah perisa yang hadir dahulu sebelum perisa vanila.

4. Pernah menjadi pencuci mulut mewah

Fakta Menarik Tentang Ice Cream E1610876292876

Sehingga akhir tahun 1800, ice cream boleh dikatakan sebagai satu pencuci mulut mewah yang hanya mampu dinikmati golongan elit.

Kalau korang nak tahu kenapa, ia sebab hanya golongan elit dan kaya sahaja yang mampu untuk membayar harga import bahan-bahan membuat ice cream. Selain itu, kos yang tinggi juga diperlukan untuk menyimpan pencuci mulut ini di dalam tempat yang sejuk.

Logik juga kan. Bukan semua orang mampu beli tempat penyimpanan sejuk.

5. Buah ice cream wujud di Hawaii

Buah Ice Cream E1610876671681

Buat pengetahuan korang, ada sejenis buah di Hawaii yang mempunyai rasa sama seperti ice cream vanila.

Digelar inga feuillei, masyarakat tempatan juga memanggil buah ini dengan nama ice cream bean.

Apa pendapat korang? Ada lagi ke mana-mana fakta menarik tentang ice cream yang korang tahu?

Sumber: StanPac, Four Pounds Flour, Today I Found Out, Concious Maui

Baca: HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

Aiskrim Indomie E1610877261924

Sumber: HerZindagi
Sumber: Food Network

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.