Shake Shack Malaysia hari ini memperkenalkan Menu Steakhouse baharu, Tiramisu Shake serta koleksi merchandise edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA, sempena satu pencapaian penting apabila kesemua empat cawangan Shake Shack di Malaysia kini secara rasmi menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Majlis pratonton tersebut turut dihadiri wakil daripada JAKIM, Shake Shack dan bATIKTEKTURA bagi meraikan pencapaian ini serta komitmen berterusan Shake Shack Malaysia untuk mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman di Shack.
Bermula 12 Jun, menu edisi terhad dan koleksi eksklusif Malaysia ini akan tersedia di semua cawangan Shake Shack Malaysia di The Exchange TRX, Sunway Pyramid, KLIA Terminal 2 dan Pavilion Kuala Lumpur. Ia menggabungkan perisa diinspirasikan steakhouse, pencuci mulut yang memanjakan selera serta koleksi batik unik yang meraikan budaya dan hasil seni tempatan.
Citarasa Steakhouse, Gaya Shack
Steakhouse yang hebat mempunyai konsep istimewa yang tersendiri, kaya rasa, beraroma asap, dan penuh karakter. Elemen inilah yang mengilhamkan menu terbaru Shake Shack
Malaysia, satu interpretasi berani hidangan klasik steakhouse, dicipta dari sudut pandangan Shack.
Steakhouse Burger – RM32.00

Menu menampilkan hidangan utama Steakhouse Burger baru, iaitu burger keju cheddar putih ditambah cendawan portobello, bawang goreng rangup dan sos horseradish peppercorn mayo. Turut diperkenalkan ialah Steakhouse Fries crinkle-cut klasik dengan sos horseradish peppercorn mayo, kepingan daging lembu dengan daun bawang segar.
Steakhouse Fries – RM19.00

Steakhouse Menu menggabungkan citarasa savouri dengan pendekatan tersendiri Shake Shack yang mengolah comfort food untuk mencipta interpretasi menu yang lebih premium.
Manisan Melengkapkan Hidangan
Tiramisu Shake – RM30.00

Untuk penggemar manisan, Tiramisu Shake baru yang berinspirasikan kafe menawarkangabungan krim keju mascarpone, kopi dan kastard vanila, diadun segar satu demi satu dan disempurnakan dengan serpihan biskut ladyfinger serta taburan serbuk koko.
Batik Eksklusif Malaysia, Ditafsir Semula

Koleksi barangan edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA eksklusif Malaysia menampilkan rekaan batik kontemporari yang mentafsir semula corak burger ikonik Shake Shack dari perspektif Malaysia.
Diinspirasikan oleh corak batik tradisional, elemen seni bina Moorish serta flora tempatan berteraskan bunga raya, koleksi ini mengetengahkan interpretasi moden budaya dan seni kraftangan Malaysia menerusi pilihan pakaian harian yang praktikal dan bergaya, terdiri daripada kemeja lelaki dan skaf.
Direka Khas untuk Rakyat Malaysia
Sejak pembukaan cawangan pertama Shake Shack di Malaysia pada tahun 2024, Shake Shack Malaysia sentiasa memastikan operasinya memenuhi piawaian standard halal. Ini merangkumi penyesuaian formulasi menu, perolehan bahan-bahan yang mematuhi keperluan halal, peralihan pembekal serta pematuhan operasi sepenuhnya mengikut garis panduan JAKIM.
Pensijilan ini membuktikan komitmen berterusan Shake Shack Malaysia dalam memberikan pengalaman menikmati hidangan yang diyakini sepenuhnya kepada rakyat Malaysia, pada masa sama mengekalkan kualiti bahan-bahan serta hospitaliti yang menjadi identiti Shake Shack di seluruh dunia.
Steakhouse Menu, Tiramisu Shake dan koleksi barangan Shake Shack x bATIKTEKTURA akan ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia mulai 12 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan stok.
