in

“Kluster pasar ni tunggu masa je” – Lepas Arahan PKPB Dikeluarkan, Orang Penang ‘Selamba’ Serbu Pasar Basah

My Post 2020 05 04T104620.159

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pengumuman PKPB Jumaat lalu, ramai orang mula tak menghiraukan PKP. Ramai yang mula keluar rumah dan tak jaga penjarakan sosial walaupun PKPB hanya bermula hari ini.


Sebagai contoh, Pasar Basah Bayan Baru di Pulau Pinang yang mula dibanjiri orang ramai tanpa menghiraukan penjarakan sosial semalam.

Grup Penang Kini telah kongsikan penjelasan dari petugas yang ditugaskan untuk menjaga penjarakan sosial di sana.

“Depa ni ketegaq!”

Market 1

“Ramai dari mereka yang hadir mengeluh kerana terpaksa beratur panjang dan menunggu begitu lama untuk masuk.Kerap juga kami dimarahi dan dimaki kerana tidak membenarkan mereka masuk secara cepat.Itulah yang terpaksa kami hadapi sebagai Petugas di Pasar Bayan Baru.

“Kami semua sebagai petugas sudah menjalankan kerja mengikut arahan yang diterima,Apa yang berlaku selebihnya adalah di luar kawalan kami,dan jika ada pelanggan yang hadir sebelum pukul 7.00 pagi itu atas kemahuan mereka sendiri.”

Pasar Basah Bayan Baru turut mengesahkan yang perkara ini memang berlaku pada hujung minggu lalu dan sejak dari itu, mereka sekarang dah melaksanakan protokol jarak selamat dengan lebih ketat.

Perkara ini berlalu sebab orang tak nak beratur. Petugas hanya benarkan 50 orang di dalam tapi dorang tak nak beratur lama.”

Suasana meriah yang dirakamkan di Pasar Awam Bayan Baru jam 630 pagi tadi…..

Posted by Penang Kini on Sunday, May 3, 2020

Macam mana pun, orang sepatutnya faham tentang kepentingan jarak selamat dan tak banyak komplen bila kena beratur.

Bukan tu je, Pasar Sumayyah di Tumpat juga mengalami keadaan yang sama walaupun arahan PKP masih berkuat kuasa. Menurut Harian Metro, orang di sana siap ada yang berani bawa anak kecil ikut ke pasar bersesak dengan orang ramai.

Haih, memang tak takut kena lagi ke?

 

Baca: TERKINI : Pasar Di Jalan Othman Ditutup Lepas Peniaga Ikan Disahkan Positif Covid-19

Screenshot 2020 05 04 At 2.25.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.