in

“KKM Sasar Angka 1 Digit Kes Baharu Dalam Seminggu Dua Akan Datang” – Dr Noor Hisham

Feat 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini negara mencatatkan dua digit kes baharu selain kes pulih yang lebih tinggi berbanding kes positif.


Nyata perkara itu satu perkembangan baik dalam negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Malah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan juga mula menunjukkan hasil.

 

KKM sasar angka 1 digit bagi kes baharu Covid-19

Susulan itu Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan untuk menyaksikan 1 angka bagi kes baharu Covid-19 di negara ini dalam tempoh seminggu dua ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata meskipun masih ada 3 kawasan PKPD dan kluster baharu yang dikenal pasti, namun diharap dua digit kes baharu yang dicatatkan, dapat dikekalkan, lapor MalaysiaKini.

Dan sasaran kita kalau boleh kurangkan kes-kes yang telah kita lihat dan mungkin sasaran kita untuk capai satu angka dalam tempoh seminggu atau dua lagi. Insyallah,”

Dr Hisham 1

Sementara itu mengulas mengenai perlanjutan PKPB sehingga 9 Jun, beliau berkata frontliners akan terus memantau kes-kes baharu secara khusus.

“Kita sekarang telah buka sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal. Setiap hari kita pantau, kes-kes masih terkawal walaupun ada kluster-kluster baru.

“Apa yang kita perlu laksanakan ialah kita lihat setiap hari perkembangan terkini kes-kes baru yang dikesan dan juga sama ada rakyat Malaysia patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”

 

Inshaallah, sama-sama kita lawan Covid-19

Baca : [TERKINI] Perjalanan Rentas Negeri Sambut Hari Raya TIDAK DIBENARKAN  PM

1 11

Sumber: RojakDaily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.