in

KKM Manipulasi Data COVID 19? DS Ismail Sabri Ingatkan Orang Ramai Jangan Tuduh Sembarangan

Sembarangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, kedengaran khabar angin yang mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kononnya telah sengaja memanipulasi data harian kes positif COVID 19.


Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan di media sosial.

81618849571 Ismailsabri

Menurut Astro AWANI, Ismail juga berkata, mereka yang membuat tuduhan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.

Menguar-uarkan cerita tidak betul boleh diambil tindakan oleh polis. Buat berita palsu dan tidak benar adalah salah dan boleh diambil tindakan.

“Lagipun apa untungnya kepada mereka yang tiba-tiba bercakap dan buat ‘posting’ mengatakan nombor itu tak betul dan sengaja diadakan? Apa untungnya kepada yang buat berita itu?” katanya lagi.

 

“Kalau boleh kita nak kosong, lagi baik dan senang kerja kita” 

Tambah Ismail Sabri lagi, tiada sebab untuk KKM memanipulasi data harian kes positif COVID 19 kerana data itu diperoleh melalui sistem maklumat dan kesihatan awam dari setiap negeri pada jam 12 tengah hari setiap hari.

“Jumlah keseluruhannya barulah diumumkan KKM. Kalau dari segi laporan, penggunaan hospital semakin banyak dan penggunaan katil semakin bertambah. Maknanya ramai yang positif,” katanya.

Perkara ini juga jelas menunjukkan kes positif COVID 19 benar-benar berlaku dan tak ada alasan KKM nak memanipulasi nombor-nombor tersebut.

Kalau boleh kita nak kosong, lagi baik dan senang kerja kita, selesai. Tapi kes meningkat semula dan ini tak berlaku di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia,” katanya lagi.

Kosong

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga berkata, beliau tidak mahu memberi sebarang amaran tetapi hanya mengharapkan orang ramai dapat sama-sama bantu tugas KKM dan pihak berkuasa dalam menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini.

Baca: “Dah start balik” – 19 Sekolah Di Daerah Petaling Diarah Tutup Lepas Kluster Covid-19 Dikesan

Collage 33

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.