in

“Dah start balik” – 19 Sekolah Di Daerah Petaling Diarah Tutup Lepas Kluster Covid-19 Dikesan

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 19 buah sekolah di daerah Petaling telah diarahkan tutup sejak semalam sehingga diberitahu kelak selepas jangkitan Covid-19 telah dikesan.


Perkara ini diberitahu melalui surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan telah diserahkan ke pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana, Petaling Utama serta kepada guru besar sekolah-sekolah yang terkesan.

Arahan penutupan ini dibuat adalah bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dijalankan serta saringan kontak rapat dilakukan , lapor FMT.

41602244756 Tbsekolahtutup

Dekat bawah ni adalah senarai 19 sekolah yang terlibat:

  • SAM Bestari Subang Jaya
  • SMK Bukit Jelutong
  • SK Puchong Perdana
  • SK Bandar Baru Sri Damansara 2
  • SK Bukit Kuchai
  • SMK Bandar Sri Damansara 2
  • SK Bandar Sri Damansara 3
  • SKJC Yuk Chai
  • SMK Damansara Jaya
  • SK Bukit Jelutong
  • SMK Seksyen 7
  • SK USJ 20
  • SMK USJ 23
  • SMK Puchong
  • SMK Puchong Utama 1
  • SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
  • SMK Bandar Puncak Jalil
  • SK Seksyen 20
  • SMK Puchong Perdana

Kesemua sekolah terbabit diarahkan tutup mengikut Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bermula hari ini sehingga satu tarikh yang dimaklumkan.

Untuk pengetahuan korang, semalam sebanyak 2,078 kes Covid-19 telah dilaporkan, ini menjadikan ia hari ke-5 berturut-turut jumlah kes positif harian melebihi 2,000.

 

Baca: Pelajar Sekolah Menengah Hasilkan Sejadah Anti-Korona?

Fi Langgar 2

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.