Tanyalah mana-mana wanita pun, mereka mesti akan mengaku yang sakit period tu bukan sakit main-main. Biarpun tak adalah sakit macam nak melahirkan bayi, tapi ia tetap sakit dan terkadang mengganggu aktiviti seharian seseorang.
Baru-baru ni, Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah telah berkongsi pengalaman adik istimewanya, Cik Pia yang sedang alami period pain. Kalau bagi wanita biasa pun, period pain ni sakit. Korang bayangkanlah seorang remaja macam Cik Pia alaminya. Sebak min tengok!
“Bermulalah dugaan kecil pada keluarga ini. Cik Pia sakit perut. Akak cakap Cik Pia tengah datang bulan. Period pain laa”
Menerusi posting Bengah di Instagram, dia menunjukkan video adiknya sedang ‘bertarung’ dengan sakit period pain. Kalau wanita yang biasa pun sakit, korang tengoklah keadaan Cik Pia ni. Berkerut-kerut dia tahan sakit.
Kata Bengah, mereka sekeluarga pada asalnya nak makan nasi arab dekat food truck berdekatan rumah. Tapi Cik Pia pulak bertegas nak ikut walaupun tengah tak sihat dan tahan sakit. Lebih menyedihkan, Cik Pia sampai termuntah-muntah tau. Allah sian Cik Pia!
https://www.instagram.com/p/BwZw3VphHXV/
“Bengah cuma nak bagitahu macam mana insan istimewa sakit bila datang bulan. Sambil tu semua dapat berkongsi petua sihat hadapi senggugut”
Melihat pelbagai respon yang dia dapat mengenai do’s and don’t ketika sedang period, Bengah akhirnya memberitahu bahawa dia tahu pantang larang wanita ketika sedang datang bulan.
Apa-apapun, tujuannya upload video ni adalah untuk berkongsi pengalaman insan istimewa hadapi sakit period dan dalam pada masa yang sama bolehlah para wanita lain kongsi tips terbaik hadapi senggugut.
“Kesiannya… Kita yang biasa ni pun sakit sangat dah, inikan dia insan istimewa. Semoga diberi kekuatan Cik Pia”
Macam manapun, rata-rata netizen lain sangat sedih melihat keadaan Cik Pia yang berhempas pulas menahan sakit serta membanding keadaan mereka yang normal dengan adik Bengah yang istimewa itu. Tak dapat admin nak bayangkan situasinya macam mana…
Bersyukurlah dengan keadaan diri kita sekarang ni. Kalau kita ingat kita susah, ada lagi orang yang susah rupanya. Sebak min tengok keadaan Cik Pia macam tu.