in

“Kita taknak jadi macam UK” – KJ Ingatkan Untuk Sentiasa Pakai Mask Walaupun SOP Dilonggarkan

4Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam. Peringatan itu diberikan bagi mengelakkan negara kita dilanda gelombang baharu Covid-19 seperti yang berlaku di United Kingdom (UK)

Khairy dalam kenyataanya di IG Story @khairykj turut mengingatkan rakan-rakannya untuk sentiasa mengenakan pelitup muka ketika bermesyuarat.


Dfb490A5 Fe78 4D53 9411 26806F127424

 

Khairy memberi amaran bahawa UK kini menghadapi gelombang baru jangkitan Covid-19 meskipun kadar pemberian vaksin yang tinggi. Namun akibat sikap enggan memakai pelitup muka, bilangan kes Covid-19 harian yang dilaporkan adalah tinggi.

Jangan jadi macam UK. Pakai sajalah pelitup muka tu” – YB Khairy Jamaluddin

Untuk rekod, meskipun United Kingdom telah mencatatkan 68% pemberian vaksin penuh, terdapat seramai 7,521 orang dimasukkan ke hospital akibat penularan wabak Covid-19 setakat 20 Oktober. Angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara jika dibandingkan angka tiga digit yang dicatakan sekitar bulan Mei tahun ini.

 

Baca: “Makin ramai hisap rokok dalam kedai” – KJ Bakal Tingkatkan Pemantauan Larangan Merokok Di Kedai Makan

Screenshot 2021 10 23 At 1.31.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.