in

“Makin ramai hisap rokok dalam kedai” – KJ Bakal Tingkatkan Pemantauan Larangan Merokok Di Kedai Makan

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Januari 2020 lepas, bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly telah menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam terbuka dan sesiapa yang ingkar akan didenda.

Pun begitu, selepas bertukar-tukar kerajaan dan dunia dilanda pandemik, larangan merokok di kedai makan semakin dilupakan. Sekarang ini, boleh dilihat ramai perokok selamba menyalakan rokok di dalam kedai makan.


Disebabkan ini, ramai telah mengadu tak selesa dengan keadaan ini lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bawa anak-anak ke kedai makan.

Merokok34

Baru-baru ini di Twitter, seorang netizen telah memberikan cadangan kepada Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin agar dia boleh tingkatkan semula pematuhan larangan merokok di kedai makan.

Mohon @Khairykj sbg Menteri Kesihatan, kembali tingkatkan pematuhan larangan merokok di kedai makan. Makin ramai pulak hisap rokok dlm kedai mcm larangan dah dihapuskan.”

Cadangan dari netizen ini nampaknya dipersetujui oleh KJ sendiri bila beliau telah mengulang kicau ciapan tersebut dan memberitahu pihaknya bakal tingkatkan penguatkuasaan terhadap larangan merokok.

Setuju. Ini dasar yang bagus dari zaman @DrDzul. Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung.”

“Sekarang semua dah boleh merokok tanpa segan silu”

Kenyataan KJ ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai lebih-lebih lagi orang yang tak tahan dengan sikap perokok yang sambil lewa ini.

Screenshot 2021 10 21 At 12.15.31 Pm Down

Baguslah tu, takdelah orang tertanya-tanya lagi larangan merokok ni masih valid atau tak.

 

Baca: “Haa kan dah kena” – Lelaki Ini Bagi Alasan ‘Terlupa’ Bila Pihak Berkuasa Keluarkan Saman Sebab Merokok Di Kedai MakanScreenshot 2021 10 21 At 12.26.25 Pm

Sumber: Sabah Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.