in

“Kita bertuah ada rumah, boleh sambut raya” – 20 Maut Serangan Udara Israel, Netizen Simpati Nasib Palestin

Gaza Paletsin

Penduduk Palestin semalam mengalami detik-detik sedih lagi mencemaskan selepas sekurang-kurangnya 20 awam terbunuh termasuk 9 kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas dalam serangan udara oleh Israel, semalam.

Menurut Berita Harian, serangan yang mencederakan 65 orang awam yang lain itu juga dilancarkan sebagai tindak balas roket yang dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin sebagai susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

#GazaUnderAttack | Zionis membalas serangan roket Gaza ke arah Baitulmaqdis di Beit Hanoun, utara Gaza, menyebabkan 9…

Posted by Aqsa Syarif on Monday, May 10, 2021

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Hamas telah melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Baitulmaqdis yang menyebabkan negara tersebut memberi tindak balas.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi,” katanya.

#GazaUnderAttack | Zionis telah memulakan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza.Mereka menamakannya operasi "…

Posted by Aqsa Syarif on Monday, May 10, 2021

 

Dalam pada itu, Hamas yang menguasai Tebing Gaza mengingatkan Israel untuk tarik semua tenteranya dari pekarangan masjid dan daerah Sheikh Jarrah.

Jurucakap Hamas, Briged Qassam berkata serangan roket itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan sekitar masjid Al-Aqsa.

Ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik, jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas dan jika anda meningkat, kami akan meningkat,” katanya.

 

“Henti merungut, pasal you tak boleh keluar rumah”

Situasi tegang yang melanda Palestin hari ini membuatkan rata-rata netizen di Malaysia muhasabah diri selepas ramai yang sedih akibat daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini yang melarang orang ramai melakukan ziarah Aidilfitri.

Menurut netizen, kita sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai rumah yang selamat untuk didiami dan tidak perlu lari menyelamatkan diri daripada diserang atau dibom seperti apa yang berlaku di Palestin.

Palestin

Semoga rakyat Palestin terus tabah mengharungi hujung Ramadan ini yang sangat mencabar buat mereka. #SavePalestine 

Baca: “Sampai post kena remove” – Netizen Puji Model Bella Hadid, Berani Suarakan Isu Penindasan Palestin

Bella Hadid

Sumber: Twitter