in ,

“Kita akan ambil tindakan” – Pegawai Boleh Guna Kekerasan Yang Perlu, Peserta Tabligh Ingkar Perintah Jalani Ujian Boleh Dipenjara

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wabak Covid-19 kini bertambah buruk susulan daripada kes positif naik mendadak dikaitkan dengan himpunan tabligh di Sri Petaling, lapor Malaysiakini.

Perhimpunan itu dihadiri 16,000 orang dan dianggarkan 14,500 daripada mereka adalah rakyat Malaysia. Kementerian Kesihatan kini sedang cuba mengesan para peserta namun menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak semua yang memberikan kerjasama.

Kita akan ambil tindakan. Pasti. Saya nak kata perkataan menjejaki – memburu mereka.”

Jelas Adham, kerajaan akan menggunakan undang-undang “di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Akta ini membolehkan:

  • Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Manakala Seksyen 15 (2) pula membenarkan:

  • Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi

Bagaimanapun, tiada seksyen khusus menyediakan penalti tertentu namun Seksyen 24 akta itu memperuntukkan:

  • Kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya
  • Kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.
  • …berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan

Adham memaklumkan Malaysia kini telah memasuki fasa pembendungan akhir wabak Covid-19 selepas sebanyak 428 kes dilaporkan sehingga semalam.

Kita ada fasa onset, kita ada fasa containment (pembendungan), late containment dan terakhir fasa mitigation.”

Jadi kita sekarang ini dah masuk late containment (pembendungan akhir) kerana kes kita dapat terbaru sebanyak 428 kes kini kia dah masuk late containment dan ini kita perlu buat satu tindakan drastik.”

Disebabkan itu, kerajaan harus menggunakan undang-undang seperti di atas.

Baca: COVID-19 : [TERKINI] Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Dengan 428 Kes, 9 Di ICU!

Sumber: Ismaweb
Sumber: Facebook
Sumber: Malaysiakini
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: