in

Kisah Pemuda ‘Creepy’ Tikam Bapa Guna ‘Screwdriver’, Siat Kulit & Jahit Untuk Dijadikan Topeng Sebelum Memakainya

Bunuhbapa8

Cerita kali ini agak mengerikan, seorang anak tergamak bertindak kejam membunuh bapa sendiri. Pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh pemuda dari Russia ini terjadi pada tahun 1999.

Dia lakukan perkara tersebut kerana ingin menyamar menjadi bapanya. Eeee! Ngeri, meremang bulu roma bila baca ni.

 

Bunuh, siat kulit dan jahit dijadikan topeng menyerupai bapa

Bunuhbapa
Sumber : twitter

Bunuhbapa2 Bunuhbapa3

Lebih mengerikan lagi pemuda tersebut membunuh ayahnya menggunakan objek tumpul, macam pemutar skru, sekop dan pisau bedah (scalpel). Memang tak tumpul tapi untuk menikam agak mustahil. Mungkin untuk siat kulit.

Bunuhayah Bunuhayah2

30 Mei 1999: Seorang lelaki Rusia membunuh ayahnya dengan pemutar skru yang tajam, ‘merosakkan’ mayatnya dengan memenggal kepala. Pembunuh menghabiskan masa berjam-jam untuk melapah kepala yang dipenggal sebelum menjahitnya untuk menjadikan topeng dan memakainya.

Sebelum pembunuhan itu berlaku, anak lelakinya ‘mengumpan’ ayahnya ke ruangan bawah tanah sebelum  dia menikam dengan kejam menggunakan pemutar skru, pancung menggunakan sekop dan pisau bedah, dan mencacatkan jenazah bapa.

Selepas memakai wajah ayahnya, anaknya memakai pakaian, kacamata dan selendang milik ayahnya sebelum meninggalkan rumah untuk duduk di bangku taman. Dia kemudian berjumpa datuknya setelah kembali ke rumah dan bercakap dengannya seolah-olah dia adalah bapanya sendiri.

Daripada sumber Twitter, dia menyamar menjadi ayahnya ketika melawat ke rumah datuknya. Pada mulanya datuknya tak sedar kerana ada masalah penglihatan, namun mula perasan sesuatu yang ganjil apabila…

 

Suara ganjil, datuk perasan nampak mayat anaknya dibilik bawah tanah sebelum laporkan ke polis

Bunuhbapa4

 

“Penglihatan datuknya agak buruk dan tidak dapat mengenali bahawa dia bercakap dengan ‘orang lain. Walaupun tak dapat pasti mengenalinya, mereka terus bercakap dan makan tengah hari bersama untuk sementara waktu.

Akhirnya, datuk itu dapat merasakan sesuatu yang aneh dengan suara “anaknya” Dia pergi ke bilik bawah tanah dan terkejut apabila melihat jenazah anaknya yang sebenar disitu, dia pergi ke rumah jiran untuk memanggil polis sementara pembunuh melarikan diri.

Pihak berkuasa tiba dan mendapati mayat itu terlantar dalam posisi ritualistik iaitu “salib terbalik” . Dua hari dalam siasatan, pembunuh itu ditahan dan ditahan pada hari Sabtu.”

Bunuhbapa7

Menghidapi Schizoid Personality Disorder, dipenjara 25 tahun!

Bunuhbapa6

“Anak itu ditaksir oleh seorang pakar kesihatan mental profesional  dan mendapati bahawa dia menghidap  Gangguan Personaliti Schizoid, sepatutnya dihukum mati di penjara, tetapi akibat perubahan undang-undang pada masa itu, dia hanya dipenjara 25 tahun.”

Baca : Jack The Ripper : Pembunuh Bersiri Paling Kejam, Mangsa Disembelih, Anggota Badan Dilapah, Dipotong & Organ Dirobek, Namun Identiti Kekal Misteri.

Featured 2 758X399 1