Jack The Ripper : Pembunuh Bersiri Paling Kejam, Mangsa Disembelih, Anggota Badan Dilapah, Dipotong & Organ Dirobek, Namun Identiti Kekal Misteri.

Mesti korang familiar dengan kisah ‘Jack The Ripper’ yang sehingga kini kekal misteri malah identiti pelakunya sedikit pun tidak diketahui.

Dunia pernah digemparkan dengan kisah pembunuhan kejam lima wanita di sekitar London pada tahun 1888 yang sehingga kini diangkat sebagai antara misteri terbesar dalam sejarah dunia jenayah ekoran belum ada pembongkaran atau penyelesaian kes tersebut.

Memetik Berita Harian, pembunuh bersiri yang melakukan jenayah kejam tersebut hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Jack The Ripper’ namun siapa Jack The Ripper tersebut, kekal rahsia sehingga kini.

Yang menjadikan kes tersebut popular ialah bukan hanya identiti ‘Jack The Ripper’ yang kekal rahsia sebaliknya corak pembunuhan yang dilakukan lelaki misteri tersebut menjadi lagenda dalam ‘persekitaran jenayah’ sebab pembunuhan itu dilakukan dengan dahsyat dan mengerikan sekali.

Nak tau sebab apa admin cakap macam tu? Sebabnya mangsa disembelih, kemudian dilapah, tak cukup dengan itu tubuh mereka dibelah sebelum organ dalaman mereka dikeluarkan..Ini gila namanya!

Kalau korang yang belum familiar dengan kes ni, mangsa yang dipilih Jack kesemuanya merupakan pelacur iaitu seramai 5 orang, namun ada berpendapat jumlahnya mungkin lebih ramai dan kesemua jenayah tersebut dilakukan dalam tempoh tiga bulan.

Alkisah kenapa kisah pembunuhan itu terus popular sampai sekarang sebab pertama; pembunuhnya masih kekal misteri dan kes tersebut belum diselesaikan hingga kini dan yang kedua; corak pembunuhan yang dilakukan Jack disifatkan sebagai ‘Maha Kejam’ dan terlampau dahsyat.

Siapa ‘Jack The Ripper’ kekal jadi misteri lebih 10 dekad

Actually macam admin bagitau awal-awal tadi, yang meskipun kes ni berlaku lebih 100 tahun yang lalu, pengkaji, penyiasat dan yang lain-lain masih lagi belum berjaya menyelesaikan teka-teki siapa pelaku yang berselindung di sebalik gelaran ‘Jack The Ripper’.

Malah kenapa jenayah yang dilakukan hanya selama 3 bulan? Kenapa attack 5 orang mangsa? Kenapa memilih pelacur? Semuanya masih belum terungkai hingga kini..ceh! Admin rasa macam William Shakespeare pulak.

Kalau korang nak tau, kes pembunuhan pertama berlaku pada 6 Ogos 1888 melibatkan seorang pelacur bernama Martha Tabram, 39 tahun yang ditemui mati di George Yard dengan mayatnya ditikam sebanyak 39 kali pada leher dan kemaluan.

DAN!! Bedah siasat juga mendapati yang lehernya turut dikelar dan perutnya dibelah-belah.

Gambar : Ilustrasi kes

Kes kedua pula terjadi pada bulan yang sama iaitu pada pukul 4 pagi 31 Ogos 1988 melibatkan seorang lagi mangsa iaitu Mary Ann Nichols, 42 tahun.

Dia ditemui di Whitechapel dalam keadaan leher dikerat, perutnya dibelah selain kesan luka yang ditemui pada hampir seluruh bahagian badan.

Mangsa ketiga ‘dikerjakan’ paling brutal apabila kemaluannya turut dipotong

Tak lama lepas tu, iaitu 8 hari kemudian penduduk Whitechapel sekali lagi gempar selepas satu lagi mayat pelacur ditemui iaitu, Annie Chapman yang dijumpai dalam keadaan mengerikan, kira-kira pukul 6 pagi.

Setelah dilakukan bedah siasat pada mayat, pakar bedah mengandaikan yang Annie telah mati dua jam sebelumm ditemui.

Malah ketika mayat tersebut ditemukan, mereka mendapati sebahagian kulit perut mangsa berada di bahu, manakala lehernya dicekik sebelum digelar. Tak cukup dengan itu rusuknya dibelah, isi perut dan organ dikeluarkan dan diletakkan di bahu mangsa.

Paling ‘scary’ sebahagian kemaluannya juga dipotong.

Mangsa keempat dan kelima ‘Jack The Ripper’ dijumpai pada hari sama iaitu 30 September.
Elizabeth Stride, 45 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di Dutfield Yard kira-kira jam 1 pagi dengan leher dikelar.

Pada malam itu pula, polis sekali lagi dikejutkan dengan penemuan mayat Catherine Eddowes, 46, yang ditemui terbaring berlumuran darah, lehernya dikelar, tubuhnya dibelah dari dada ke kelangkang, manakala isi perutnya terburai.

Buah pinggang kiri Eddowes juga dikeluarkan, rahimnya dipotong, mukanya cedera teruk, kelopak mata kanannya dipotong, hidung dan telinganya hampir putus.

Mana datangnya gelaran ‘Jack The Ripper’?

Kalau korang nak tau, gelaran tu digunakan sendiri oleh pembunuh misteri tersebut melalui surat yang dihantarnya kepada Agensi Berita Central News pada 27 September 1888.

Sebelum gelaran ini muncul, media telah menggelarkan pembunuh tu sebagai ‘Pembunuh Whitechapel’.

Malah dalam surat yang dihantar tersebut, dia turut menceritakan keadaan bagaimana mangsa tersebut dibunuh.

Korang jangan ingat pembunuhan yang dilakukan ‘Jack The Ripper’ terhenti setakat itu sebabnya dua bulan kemudian iaitu pada 9 November tahun yang sama, Jack telah membunuh mangsa terakhirnya, Mark Kelly 25 tahun.

Mayat Kelly ditemui di Jalan Dorset dalam keadaan separuh berbogel, seluruh kulit perut dan paha dilapah manakala isi perutnya dikeluarkan.

Tak cukup dengan itu, buah dada Kelly dipotong, lengannya luka parah, isi perut bertaburan dengan buah pinggang dan usus serta satu buah dadanya ditemui berhampiran kaki kanan manakala kulit perut dan paha yang dilapahnya itu diletak atas meja namun jantung mangsa diambil oleh pembunuh.

Beratus suspek tapi 2 individu dikenalpasti sebagai ‘Jack The Ripper’ namun….

Setelah diteliti semua kes pembunuhan yang berlaku, polis telah mengenalpasti beberapa individu yang dianggap sebagai Jack The Ripper daripada beratus suspek dalam list polis.

Korang nak tau siapa suspek yang paling disyaki? Dr Montague John Druitt yang juga dikatakan sebagai lelaki gila seks.

Dr Druitt ni bukan calang-calang orang tau sebab dia merupakan pengamal perubatan yang bertauliah namun dia ditemui mati di Sungai Thames pada 31 Disember 1888 iaitu selepas pembunuhan terakhir Jack The Ripper.

Selain Dr Druitt ada seorang lagi yang disyaki sebagai Jack The Ripper iaitu George Chapman yang memiliki rekod keganasan terhadap isteri dan kekasihnya, malah Chapman juga dikaitkan dengan pembunuhan 3 wanita termasuk 2 isterinya namun lelaki tu telah dihukum gantung pada 7 April 1903 kerana meracuni isteri keduanya.

Mesti korang nak tau kan, kenapa polis letak Chapman sebagai suspek utama mereka? Polis percaya Chapman adalah pembunuh kerana tarikh kedatangan lelaki itu ke England boleh pulak sama dengan bermulanya kes pembunuhan dan jenayah itu terhenti seketika apabila Chapman ke Amerika Syarikat.

Tapi bayangan Jack The Ripper akhirnya ‘hilang’ pada tahun 1889 selepas polis sahkan yang pembunuhan dah berakhir.

Disebabkan tiada perkembangan yang memberansangkan, maka kes ‘Jack The Ripper’ ditutup 3 tahun kemudian.

Namun misteri siapa pemilik nama ‘Jack’ tersebut kekal jadi misteri sehingga ke hari ini.

Baca : Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.