in

Kisah Hitam Mary Bell : Dilacurkan Ibu Sendiri Pada Usia 4 Tahun, Sebelum Jadi Pembunuh Kejam Pada Usia 11 Tahun

Featured 18

Siapa sangka kanak-kanak berusia 11 tahun sudah pandai menamatkan riwayat hidup orang lain atas kepuasan sendiri.

Namun apakah punca yang menyebabkan kanak-kanak ini membunuh? Adakah dia dilatih sedari kecil atau berpunca dari sebab lain?

 

Bunuh kanak-kanak lebih muda dengan cekik, calarkan kaki dengan pisau dan potong zakar mangsa!

5663 1133980886635700 2370354569337717955 N
Kanak-kanak yang dibunuh mary bell

Pada Mei 1968 sewaktu Mary Bell menyambut Hari Lahir ke-11, rupa-rupanya dia sudah bergelar seorang pembunuh.

Apa yang kanak-kanak perempuan ini lakukan ialah dia mencekik seorang kanak-kanak 4 tahun sehingga mati.

Kanak-kanak bernama Martin itu dibunuh di rumah terbiar sebelum Mary kemudiannya meninggalkan nota yang menyatakan dia telah membunuh kanak-kanak itu.

Tapi polis tak percaya kejadian terbabit dan menganggap ia hanya gurauan.

Bagaimanapun tidak jelas kenapa dia sanggup melakukan perkara kejam itu memandangkan usianya masih lagi kecil dan motifnya tidak jelas.

10337749 1133980949969027 6562964135994949098 N
Nota yang ditinggalkan mary pada mangsa

Tak cukup dengan itu, Mary kemudiannya melakukan pembunuhan lain pada 31 Julai tahun yang sama.

Mangsanya kali ini merupakan kanak-kanak berusia 3 tahun, Brian Howe.

Tak cukup dengan membunuh, Mary turut menggores perut Brian dan menulis huruf M pada pada anggota tubuh kanak-kanak itu. Dia kemudiannya menggunting rambut, mencalarkan kaki dengan pisau dan memotong zakar kanak-kanak itu.

Kejam! Tapi kenapa Mary sanggup bertindak sedemikian?

 

Dipaksa jadi pelacur seawal usia 4 tahun, layan seks pelanggan ibu sendiri

Rupa-rupanya Mary mempunya detik hitam dalam keluarganya yang menyebabkan dia jadi begitu.

Ibunya, Betty merupakan seorang pelacur dan ibu ayam yang kejam dan kasar. Malah wanita itu sanggup melacurkan anaknya sendiri iaitu Mary kepada pelanggannya supaya memperoleh lebih banyak wang.

Lebih kejam dia juga kerap paksa Mary lakukan seks seawal umur empat tahun.

Mary Bell Sang Pembunuh Berantai 20180527 005643
Mary bell, 11 tahun

Malah ahli keluarga wanita itu juga pernah beberapa kali plan nak racun dan bunuh Mary dan menampakkan kematian tersebut sebagai mati kemalangan, namun perancangan mereka tidak berjaya.

Mary pernah ‘sengaja dijatuhkan dari tingkap’, bagaimanapun dia terselamat dan ahli keluarga yang melakukan perkara itu mendakwa yang mereka ‘tidak sengaja’ melakukan perkara tersebut kerana terlalu mabuk akibat mengambil banyak pil tidur.

Mary didapati bersalah melakukan pembunuhan tersebut pada 17 Disember 1968, bagaimanapun Hakim, Cusack percaya yang kanak-kanak itu ada mengalami sakit jiwa dalam diam sekaligus memberi kesan kepada hubungannya dengan yang lain.

Setahun kemudian, dia dibebaskan dari Penjara Ashkam Grange ketika berumur 12 tahun.

 

Hidup dengan identiti baru, sehingga kini tiada siapa tau kemana Mary pergi

Dia kemudiannya diberi nama yang baru dan identitinya dirahsiakan. Empat tahun kemudian Mary hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.

Namun identitinya terbongkar pada 1998 selepas terdedah pada wartawan, menyebabkan dia dan anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka dengan menutup muka menggunakan cadar bagi mengelakkan diri dari paparazi.

Hinggalah pada tahun 2009, dia hidup normal menjadi ibu, juga nenek walaupun ramai yang tidak mengetahui tentang nya.

Dia hidup bahagia hingga kehari ini. Namun dengan siapa dia berkahwin tidak dikhabarkan.

Baca : Kekejaman The Candy Man: Seksa Liwat 28 Remaja Lelaki Rangsang Guna Dildo 18 Inci Sebelum Gigit Putus Zakar Dan Tembak Sampai Berkecai.

S