in

Kilang Kitar Semula Lampin Terpakai Untuk Hasilkan Lampin Dewasa Baru

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata kilang ini mengamalkan kitar semula dengan cara yang salah!


Kegiatan sebuah kilang yang menghasilkan lampin dewasa dengan mengitar semula lampin terpakai akhirnya terbongkar. Ewwww!!

Kilang itu dilaporkan terletak di daerah Tancheng di Wilayah Shandong Selatan, China.

L6 2

L5 1

Beberapa gambar bagaimana lampin terpakai itu diproses sebelum terhasil lampin yang baru tersebar luas di internet selepas kilang berkenaan diserbu pihak berwajib.

Gambar-gambar di dalam kilang kecil yang dijalankan oleh penduduk setempat kawasan itu dimuat naik oleh sebuah portal tempatan menunjukkan longgokan kapas yang dikoyakkan memenuhi lantai, serta timbunan lampin untuk dikitar semula sebelum dibungkus.

L1

L4 2

L7 1

Malah, kapas yang koyak itu turut mempunyai serangga di dalamnya! Yuckkk!

L2 2

L3 1

Lampin yang dihasilkan semula itu dibungkus dengan begitu elok membuatkan pelanggan tidak ragu-ragu dengan produk tersebut.

Menurut pihak berwajib, kilang itu mengambil kapas daripada lampin terpakai sebelum diproses untuk dijadikan lampin yang baru. Kemudian, lampin yang terhasil akan dibungkuskan sebelum diletakkan jenama serta dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah.

L8 1

Kegiatan perniagaan ini mula terbongkar selepas aduan mengenai lampin dewasa yang dijual sangat murah berbanding jenama lain di pasaran diterima pihak berwajib.

Sebaik menerima aduan, mereka terus membuat serbuan di kilang berkenaan. Serbuan itu juga merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan yang menandakan Hari Hak Pengguna Kebangsaan di China yang disambut pada 15 Mac lalu.

Harap-harap di Malaysia takde lah kegiatan macam ni….

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.