in

“Khurafat apa pulak ni?” – Founder Produk Buat Program ‘Mandi Bunga’ Di Sekolah, Konon Berhasil Ubah Sikap Pelajar Degil

Apo Mandi Bungaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu program macam acara berus gigi beramai-ramai dan van Milo serta Vitagen bagi minuman free pada pelajar memang antara perkara yang dinantikan admin masa zaman sekolah. Itu belum lagi pertunjukan pemadaman api oleh bomba, rasa teruja sangat bila program macam ni dianjurkan kat sekolah.


Admin tak sure lah sekarang sama ada program macam ni still diadakan kat sekolah atau tak. Tapi baru-baru ni, viral posting di Facebook menunjukkan program ‘mandi bunga’ pulak diadakan kat pelajar sekolah. Whaaat? Apa keheiinya budak sekolah mandi bunga?

 

Ceramah oleh doktor berdaftar dengan KKM, edar mandian herba yang konon boleh ubah sikap pelajar?

Menerusi perkongsian PW Community di Facebook, sebuah ceramah telah diadakan di sekolah-sekolah dekat Malaysia ni oleh seorang doktor yang berdaftar dengan KKM. Memang ceramah ni nampak macam biasa, tapi yang luar biasanya bila penceramah tu selit tentang penjualan pil minda dan mandian herba. 

Pelajar juga dikatakan siap kena bawa tuala untuk program mandian herba ni. Uish ini scam ke betul-betul? 

https://www.facebook.com/PWNetizens/photos/a.816545731837045/1241729212652026/?type=3&__tn__=-R

 

“Macam mana pihak sekolah boleh benarkan such event to happen?” 

Mungkin ada di kalangan kita yang anggap perkara mandi bunga ni tak ada apa-apa sebab masyarakat kita ramai yang pernah melakukannya. Tapi PW Community ada nyatakan dua sebab kenapa mereka tak setuju dengan program tersebut. 

“Dua sebab kami tak setuju:

1. Mandian ini didakwa boleh ubah sikap pelajar, itu satu dakwaan melampau

2. Penjual mengambil kesempatan menjual produk

“Macam mana pihak sekolah boleh benarkan such event to happen?

“Berdasarkan iklan this event took place at Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman on 10th or March 2019.”

53845895 1241760969315517 2905913776563814400 N
sumber: facebook

Malah dibongkarkan juga bahawa founder kepada produk mandian herba ni rupanya seorang scammer. Perkara ni dah dari tahun lepas lagi PW Community maklumkan kepada netizen. Ops! Biar betul ni?

https://www.facebook.com/PWNetizens/photos/a.816545731837045/998044927020457/?type=3&theater&hc_location=ufi&__tn__=-UK-R

 

“Bukan mandi bunga untuk cepat dapat jodoh ke… Abislah budak-budak ni nanti kawen awal” 

Rata-rata netizen memang membangkang tindakan pihak sekolah membenarkan produk sebegini masuk sekolah dan siap buat demo lagi pada budak-budak. Paling tak boleh tahan, ada netizen troll founder dan budak-budak yang terbabit sebab mandi bunga ni selalu dikaitkan dengan jodoh atau buang sial. Gitew!

Mandi Bunga
sumber: facebook

Makin berani pulak produk scam macam ni masuk sekolah ye? Rasanya eloklah Kementerian Pendidikan pantau dan letakkan standard jenis produk macam mana atau program apa yang dibenarkan masuk sekolah. Bukan main suka-suka je masuk. 

Baca: “Setahu aku dia failed gynea teruk” – Konon Buka Klinik Kesuburan Terkenal Di KL, Wanita Ni Rupanya Fake Doktor?

Wellness

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.