in

“Setahu aku dia failed gynea teruk” – Konon Buka Klinik Kesuburan Terkenal Di KL, Wanita Ni Rupanya Fake Doktor?

Momoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang ramai di luar sana nampaknya kenalah extra berhati-hati dengan scammers zaman sekarang. Pelbagai cara golongan ini lakukan untuk menipu dan yang terbaru katanya melibatkan sebuah klinik kesuburan yang terkenal di Kuala Lumpur.


Menerusi perkongsian di PW Community, mereka telah membongkarkan penipuan seorang ‘doktor’ yang telah membuka klinik kesuburan tetapi rupanya ‘doktor’ terbabit tidak memiliki sebarang qualification yang sepatutnya. Seriuslah!

 

“Doktor palsu kendalikan fertility clinic” 

Berikut perkongsian PW Community mengenai penipuan tersebut. Menurut posting di bawah, ‘doktor’ tersebut bukan saja mengaku sebagai seorang medical practitioner, dia juga mendakwa sebagai O&G consultant. 

Palsu

53488038 1234269396731341 4859674071434002432 N
sumber: facebook

 

“Laa baru tau ka? Dia dah kaya raya baru dapat detect. Padahal sem 3 kat nursing college dulu sama-sama repeat paper” 

Posting yang viral di media sosial ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut apabila mengetahui qualification sebenar ‘doktor’ tersebut. Ada yang mengaku pernah mendapat rawatan di klinik itu dan ada jugak yang mengaku mengenali si doktor. Uish macam-macamlah! 

Preggy Love
sumber: facebook

 

“Report dia ke SISPAA KKM. Kalau kita tak report, KKM takkan tahu” 

Selain netizen, pendedahan ini juga mendapat perhatian Dr Rusyainie Ramli yang meminta orang ramai untuk membuat report berkenaan ‘doktor fake’ terbabit. Ada juga yang memberi tips supaya pengguna check terlebih dulu sama ada doktor yang dirawat mereka ni fake atau tidak.

Fake 1

53916250 10218056542915738 3362850236174172160 N

Fake 2
sumber: facebook

Beringatlah ye para bakal ibu dan bapa yang nak dapatkan treatment kesuburan tu. Jangan pergi ke klinik sembarangan. Baik rujuk ke hospital kerajaan atau swasta yang bertauliah. 

Baca: “Orang Melayu nak niaga pun tak nak tolong” – Wanita Bengang Permintaan Buat Fake Testimoni Ditolak

Tolong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.