“Ketat gini tak kena marah ke?” – Wak Doyok Keluarkan Uniform Sekolah Slim Fit, Boleh Pakai Ek?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pejam celik, pejam celik, cuti sekolah rupa-rupanya dah nak habis!

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk ibubapa yang nak menjemput anak balik ke rumah dari kampung ataupun beli persiapan dan kelengkapan sekolah.

Baju sekolah jenama Wak Doyok

Tengok jelah mana-mana pasaraya atau mall, mesti penuh dengan mereka yang masih mencari uniform sekolah anak-anak.

Kalau dulu-dulu, orang suka cari ikut brand. Kononnya lebih berkualiti. Tapi lagi hebat nama brand, lagilah mahal harganya.

Apa kata korang cuba beli baju sekolah jenama Wak Doyok ni pulak.

Sumber: Twitter

Menariknya, baju ni ada potongan slim fit dan diperbuat daripada kain gred A dari Jepun. Wow!

Dan katanya 100% bumiputera, tapi tak pasti sama ada maksudnya dimiliki atau dibuat oleh bumiputera.

Wak Doyok ikon fesyen

But seriously, siapa je tak kenal Wak Doyok ni. Daripada penampilan diri pun kita boleh katakan dia ni sebagai ikon fesyen juga.

Dengan gaya jambangnya, selalu menggayakan suit dan seluar slim fit, Wak Doyok ni antara anak tempatan yang berjaya meletakkan dirinya dalam arena fesyen kita.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Stylo kot Wak Doyok ni! Kadang-kadang kalau tersilap tengok, rasa macam A.Galak yang berlakon cerita Gerak Khas tu.

Boleh ke pakai ‘slim fit’ ke sekolah?

Rata-rata netizen terkejut juga dapat tahu selebriti ni keluarkan jenama sendiri untuk uniform sekolah.

Tapi boleh ke potongan slim fit digayakan ke sekolah? Risau nanti ada yang kena kejar dengan cikgu disiplin.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tapi ada je orang yang support usaha ni. Genius je yang boleh terfikir nak buat something like this. 

Sumber: Twitter

So korang rasa nak belikan ke tak uniform sekolah cap Wak Doyok?

Admin takut budak-budak sekarang bukan takat pergi sekolah je, tapi tumbuh jambang dengan misai macam Wak Doyok. Kahkah, dah kena jual pomade kat sekolah nanti.

Baca: Wak Doyok Sertai Parti Amanah Nasional

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.