Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Wak Doyok, ramai yang sedar dulu selebriti ni sering hadiri acara yang dianjurkan Barisan Nasional (BN). Namun Wak Doyok jugak pernah beritahu dulu yang dia sebenarnya ahli PAS. Eh! Ahli PAS tapi pergi event BN eh? Pelik jugak!
Namun terbaru menurut Malaysian Digest, Wak Doyok kini ahli Parti Amanah Nasional (PAN). Wah galak Wak melompat parti! Kata Wak Doyok, dia baru sahaja menyerahkan borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.
“Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa sehingga sebulan.
“Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti presidennya, Mohamad Sabu selain Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr. Dzulkefli Ahmad. Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu lagi,” kata Wak Doyok.
Wak yang dulunya digelar ‘lalang’ sebab menyatakan sokongannya terhadap kerajaan PH menjelaskan bahawa kehadirannya di acara-acara BN dulu hanyalah untuk penuhi jemputan. Malah Wak jugak tegaskan bahawa mana-mana parti yang dipilih adalah haknya sebagai rakyat Malaysia.
“Yang ada tidak berpuas hati, mereka sebenarnya tidak berhak pun untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.
“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun daftar sebagai pengundi,” katanya lagi.
Betul tu Wak Doyok. Masuklah apa-apa parti pun asalkan hati senang. Yang penting jangan lompat-lompat parti lagi ye! Tak pasal-pasal Mat Sabu ketuk kepala tu dengan mic.