in

“Kesiannya abang posmen ni” – Netizen Sebak Lihat Posmen Ni, Walaupun Sudah Waktu Berbuka Tapi Masih Kerja Hantar Barang

Berbuka Posmen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bagi mereka yang kerja di pejabat, waktu kerja semasa bulan Ramadan akan dipendekkan. Kebanyakan akan pulang ke rumah dalam jam 4.30 atau 5.00 petang supaya sempat berbuka di rumah bersama keluarga.


Pun begitu, tak semua daripada kita mempunyai nasib yang sama. Ada yang perlu bekerja hingga ke jam melepasi waktu berbuka. Sebagai contoh kisah abang posmen yang viral di Facebook ini. 

 

“Masa semua tengah menikmati juadah berbuka, abang posmen ini masih lagi delivery barang” 

Menerusi posting netizen bernama Faiz Jumari, beliau telah berkongsi kisah abang posmen yang menyentuh hati ramai pihak. Ketika kita semua gembira menikmati juadah berbuka, tak sangka abang posmen seorang ini masih lagi menghantar barang.

Demi amanah dan tugas, abang ni telah ketepikan waktu untuk berbuka puasa. Sebak pulak admin rasa. 

“Sebak mase buka tadi ?

“Mase semua tengah menikmati juadah berbuka, abg posmen ni masih lagi delivery barang. Tugas & amanah no.1 walaupon terpaksa ketepikan utk berbuka puasa. Boleh je abg ni nak berenti makan dulu, tapi die hantar parcel kedai ke kedai.

“Cakap kat mak tadi, mak kesiannye abg posmen ni. Di saat semua tengah menikmati makan, die masih kerja. Agaknya isteri & anak2 die tengah tunggu die kat rumah nak berbuka sama. ? Sgt hargai kerja posmen yg banyak bantu dalam melancarkan biznes Fjglow & biznes online satu Malaysia. Sgt hargai ?????? Tahniah abg posmen, Pos Malaysia & Poslaju.. ?????? Tanpa posmen hebat mcmni, siapalah kami… U are Real Hero! ??”

59852123 2360416280951682 5926877052538978304 N 1
sumber: facebook

 

“Posmen hero yang tak didendangkan…” 

Rata-rata netizen yang melihat posting ni mengakui kebanyakan posmen yang mereka jumpa sentiasa bekerja keras dan kadang-kadang terpaksa ketepikan waktu berbuka demi menghantar barang kepada pelanggan.

Namun mujurlah kebanyakan netizen semua nampaknya prihatin dengan kebajikan abang posmen ni. Siap hulur air dan ajak berbuka sekali.

Pos
sumber: facebook

 

“Posmen semua memang pekerja yang kental. Hujan panas sume redah” 

Kuat
sumber: facebook

Admin ingin mengucapkan terima kasih buat abang posmen yang gigih melakukan tugas kat luar sana. Apa-apapun pentingkan kesihatan dulu. Berhenti dan berbuka puasa ye kalau dah tiba waktunya. 

Baca: “Tak boleh puasa dan masuk masjid” – China Larang Muslim Di Xinjiang Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.