in

“Kesian Tun tanggung dosa” – Gambar Sweet Tun Mahathir dan Isteri Dicemari Komen ‘Pakai Tudung’

Maha Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali melihat pasangan merpati sejoli ini, pasti ramai yang cair dan kagum dengan kasih sayang yang saling ditunjukkan mereka berdua. Tambahan pula semenjak Tun Dr Mahathir aktif di media sosial ini, banyak sekali gambar dan momen mereka berdua yang dikongsikan bersama netizen.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir telah berkongsi sekeping gambar di laman Twitter yang menunjukkan beliau sedang mengambil makanan daripada pinggan Tun Dr. Siti Hasmah.


Tun M Comel
sumber: twitter
Ds7B4Dlv4Aaqkmy
sumber: twitter

Perkongsian tersebut rata-rata mendapat pujian netizen yang suka melihat aksi romantik bekas perdana menteri ini bersama isterinya yang melayan kerenah Tun Mahathir tanpa jemu.

Whatsapp Image 2018 01 11 At 2.31.45 Pm1

Whatsapp Image 2018 01 11 At 2.31.45 Pm
sumber: twitter

Pun begitu, agak menyedihkan apabila ada juga dalam kalangan netizen mencemari gambar romantik tersebut dengan komen-komen tidak sensitif yang menyentuh isu aurat Tun Dr. Siti Hasmah. Antaranya mereka meminta supaya Tun Mahathir menasihati Tun Siti untuk cepat-cepat pakai tudung kerana berdosa bagi seorang wanita Islam untuk tidak menutup aurat.

Ds8Njoevoaeqzyu
sumber: twitter
Ds8Njosvaaam8F1
sumber: twitter
Tegur Tun 1
sumber: twitter

Teguran tersebut bertambah melampau apabila ada di antara netizen juga memfokuskan bahagian tangan Tun Mahathir untuk menunjukkan keadaan kukunya yang panjang dan mengaitkan ia dengan isu solat pula.

Tun Kuku Panjang
sumber: twitter

Laa dah kenapa korang ni? Sanggup zoom gambar…

Tweet teguran yang diterima Tun Mahathir ini telah mendapat perhatian seorang pengguna Twitter yang menyifatkan nasihat sarkastik yang diberikan netizen kepada kedua-dua negarawan ini agak keterlaluan. 

Menurutnya, Tun Siti mempunyai hak memilih sama ada dia mahu mengenakan hijab ataupun tidak dan setiap manusia tidak patut dinilai dengan pilihan mereka memakai hijab ataupun tidak.

Pakai Tudung Siti

Pakai Tudung Siti 2
sumber: twitter

Berat isu ini. Walau bagaimanapun, kita doakan sajalah semoga terbuka hati Tun Siti untuk mengenakan tudung satu hari nanti. Tak perlu nak beri sindiran atau kecaman. Sebagai seorang yang lebih muda, lebih baik kita hormati orang yang lebih tua dari kita.

Suka tengok Tun Mahathir sweet-sweet dengan Tun Siti! 😉

Baca: “Saya tidak lagi layak menggunakannya” – Dr. Mahathir, Isteri Rela Hati Pulangkan Darjah Kebesaran

Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.