in

“Kesian mak dia” – [VIDEO] Emak Terkejut Duit ‘Purple’ Terbang Dari Surprise Box, Rupanya…

Fi Duit Terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang anak, kita mesti ada keinginan untuk buat kedua ibu bapa senang dan bangga dengan diri kita. Selain tu juga, dah semestinya kita mahukan ibu bapa kita happy dengan berikan mereka hadiah ataupun dengan membuat surprise untuk mereka.


Kadang-kadang tu juga, kita sebagai anak ni mesti ada ‘akal’ untuk kenakan orang tua kita sama macam kisah kali ini.

 

Teruja dapat duit, tapi…

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan aksi seorang emak yang seakan ‘terkejut’ apabila mendapat suprise daripada anaknya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @talibzamri, menunjukkan dia memberi surprise box kepada ibunya. Selepas ibunya membuka simpulan riben pada belon tersebut, keluarlah deretan wang RM 100 dan RM 50 yang telah di kepilkan bersama.

Duit Terbang 2

Namun lain pula jadinya, apabila wang tersebut rupanya tak melekat pada kotak berkenaan dan terus terbang pergi. Ibunya yang nyata bingung, hanya mampu melihat pada duit yang sudah terbang tinggi itu.

 

Sebenarnya tu bukan duit betul

Selepas beberap ketika, si ibu nyata lihat masih buntu dengan apa yang jadi lepas fikirkan betapa besarnya nilai duit yang terbag tersebut.

Walau bagaimanapun, sebenarnya duit tersebut hanyalah wang palsu yang memang dah dirancang untuk sengaja buatkan si ibu jadi bingung.

Lalu ibunya disuruh untuk menarik sekuntum bunga yang terdapat di kotak tersebut, dan barulah deretan wang sebenar yang keluar sebagai hadiah untuk dirinya. Terkejut dengan deretan wang yang ada di dalam surprise box tersebut, ibunya terus menjerit keriangan.

“Eh panjangnya..

“Aku punya banyaknya duit!” jerit seronok si ibu.

Perkongsian video berkenaan telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 148k tontonan di TikTok.

@ujangtalib83

#duitterbangkau#fypp #happybirthday #mymom

♬ Oh No – Kreepa

 

“Tengok muka mak dia, kesian tau..”

Di ruangan komen, tindakan lelaki itu yang sengaja mengenakan si ibu nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang seakan dah tahu bahawa duit terbang itu adalah duit palsu yang sengaja diletakkan. Selain itu juga, ramai yang kesian bila melihat reaksi si ibunya sewaktu deretan wang itu terbang.

Reak Duit Terbang 2 Edit Reak Duit Terbang 3 Edit Reak Duit Terbang 1 Edit

Kesian betul tengok reaksi mula-mula tu. Tapi bila tengok makcik tu seronok, min pula ikut terhibur! Siapa masih ada ibu bapa tu, hargai mereka betul-betul ya.

 

Baca : “Awal2 Je Beria” – [VIDEO] ‘Birthday Surprise’ Gadis Ni Jadi Kelakar, Excited Tarik Duit Last Sekali Yang Keluar

Foot Duit Terbang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.