in

“Awal2 Je Beria” – – [VIDEO] ‘Birthday Surprise’ Gadis Ni Jadi Kelakar, Excited Tarik Duit Last Sekali Yang Keluar…

Ft Duit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak excited kalau dapat birthday surprise daripada yang tersayang lagi-lagi daripada keluarga sendiri kan. Kadang-kadang kejutan yang simple je dah buat kita mengalirkan air mata dan menjadi moment yang takkan dilupakan.



Tapi lain pula dengan kisah kalini, dalam perkongsian @syfqhzkla, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan seorang gadis mendapat kejutan sempena hari jadinya semalam.

@syfqhzkla_

Simpan sini sebagai kenangan 🥰 suara gelak takdapat nak kawal dah 🤣 #fyp #birthday #party #family #love

♬ Oh No – Kreepa

“Kena tipu!”

Dalam video tersebut, keluarga gadis itu membuat kejutan padanya dengan menghidangkan beberapa hidangan makanan termasuk kek hari jadi yang ‘istimewa’. Dalam kek tersebut terdapat sejumlah wang yang dia sendiri tak tahu berapa jumlahnya.

Pada awalnya, gadis tersebut menyangka dia akan mendapat wang kertas yang banyak jika ditarik keluar daripada kek hari jadinya. Tapi siapa sangka selepas beberapa wang kertas yang ditariknya itu merupakan wang kertas tiruan iaitu wang Jutaria.

“Ingatkan dia nak nangis,rupanya…”

Korang tengoklah reaksi gadis tu! Selepas dapat tahu duit itu merupakan duit tiruan, gadis terbabit tak dapat menahan gelaknya dan reaksinya telah menarik ramai netizen untuk menonton video tersebut.

Video pendek itu telah mendapat hampir satu juta tontonan di Tiktok walaupun baru dimuat naik semalam. Menjengah di ruangan komen, Kebanyakan netizen tidak kering gusi bukan kerana duit Jutaria tetapi cara gadis itu ketawa.

Komen Jutaria

Beberapa netizen juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari jadi padanya. Gadis tersebut memuat naik video itu di akaun Tiktoknya sebagai kenangan kerana dia menganggap ini merupakan momen yang takkan dilupakan.

Happy birthday akak, semoga sentiasa gembira selalu!

Baca: “Mesti sorg bawak semua nk try ni” -[VIDEO] First Time Pakai Sunscreen Reaksi Pemuda Ni Buat Ramai Terhibur

Fi Laki Pakai Sunscreen E1631259589105

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.