Rasanya game Mobile Legend ni memang dah cukup sinonim dengan anak-anak muda zaman sekarang, boleh dikatakan permainan digital ini dah jadi satu fenomena dah. Pergi mana-mana mesti akan ada orang tengh khusyuk main game.
Game ni bukan sahaja famous di Malaysia, malah di Asia Tenggara pun sama. Boleh dikatakan, siapa yang tak main game ni sehari boleh jadi tak keruan.
Tu baru sehari, kalau 30 tahun macam mana? Kesian budak lelakid ari Filipina ni, dia jadi viral kerana akaun Mobile Legends miliknya kena ban selama…
10949 hari, 1 jam dan 23 minit! ( 30 tahun! )
Video budak lelaki itu menangis itu dikongsikan oleh ayahnya sendiri, Mark Samonte di Facebook. Bapanya boleh pula menyakat si anak ini yang dok sibuk menangis. Ye lah kalau kena kat aku punya pun aku nangis weh! 30 tahun lagi!
Kurang pasti apa motif akaun dia kena ban tapi ada netizen mendakwa bahwa akaun lelaki ini ‘kantoi’ sebab gunakan cheat code.
Ada juga yang mendakwa bahawa lelaki ini menggunakan telefon palsu sebab nak tarik perhatian netizen. Tapi bila tengok skrin handphone memang namapak real.
Bagus jugalah kalau kena banned, sekolah dulu fokus pada pelajaran lepas 30 tahun boleh sambung balik.
Sepanjang admin main ni, belum pernah lagi tengok orang kena banned sampai macam ni sekali.