Kejam! Seorang Bapa Tumbuk, Tampar Dan Hempas Bayinya Yang Berusia 1 Bulan Sampai Mati Selepas Kalah Main Video Game.

Tambah ke Sumber Pilihan
Kejam! Seorang Bapa Tumbuk, Tampar Dan Hempas Bayinya Yang Berusia 1 Bulan Sampai Mati Selepas Kalah Main Video Game.

Korang jangan tak percaya wujud manusia yang terlalu taksub dengan permainan video sampai mereka mengabaikan benda-benda lain. Kadang-kadang sampai tak makan 2-3 hari semata-mata nak main game tersebut.

Itu belum lagi cerita part kalau mereka diganggu sewaktu bermain game tersebut, memang menempah bala lah namanya.

Cuma apa yang dilakukan seorang pemuda ni terlalu melampau!

Bapa tergamak tumbuk, tampar dan hempas bayinya yang berusia 1 bulan sampai mati sebab…

Memetik metro.co.uk seorang pemuda dilaporkan telah bertindak kejam terhadap bayinya yang berusia 1 bulan apabila dia menumbuk anaknya itu sampai mati selepas naik angin sebab kalah dalam permainan video..tergamak bapanya buat macam tu.

1 8
Sumber : Metro.co.uk

Anthony Trice, 26 tahun dilaporkan telah melemparkan permainan video yang dimainnya sebelum terus menumbuk bayi lelakinya, De’Anthony Trice dalam kejadian yang berlaku di rumahnya dia Louisville, Kentucky baru-baru ini.

Tak cukup dengan itu, Trice didakwa turut menampar dan menghempas bayinya yang berusia 1 bulan itu ke lantai.

Trice kemudiannya mengambil bayi itu dan bawa ke dapur untuk membuatkannya susu.

Dia seterusnya membawa De’Anthony ke bilik tidur dan meletakkan bayi itu dalam posisi duduk sebelum pergi ke bilik air.

Keadaan makin teruk, bayi tidak dapat diselamatkan 

Namun, dia mula menyedari keadaan anaknya semakin membimbangkan selepas dia keluar dari bilik air dan bertindak menelefon 911.

Bayi berusia 1 bulan itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Norton dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Norton Childrens Hospital 1
Sumber : Facebook

Trice yang pada awalnya didakwa melakukan kesalahan penderaan kanak-kanak tahap 1 kemudiannya bertukar dakwaan kepada kesalahan pembunuhan kanak-kanak tahap 1 selepas bayi itu meninggal.

Main video game tak salah tapi yang salahnya bila kau menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Jadikan permainan video sebagai hobi cukuplah, jangan sampai terlalu taksub sampai memudaratkan nyawa.

Baca : “Dia rogol pukul saya bertahun-tahun”  Bapa Rogol Anak Empat Kali Sehari Dari Umur 6 Tahun Hingga 13 Tahun

4 4

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Iz
Lagi tulisan Iz
Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kejam! Seorang Bapa Tumbuk, Tampar Dan Hempas Bayinya Yang Berusia 1 Bulan Sampai Mati Selepas Kalah Main Video Game.
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kejam-seorang-bapa-tumbuk-tampar-dan-hempas-bayinya-yang-berusia-1-bulan-sampai-mati-selepas-kalah-main-video-game/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM