Keselamatan Kampus Jadi Keutamaan Susulan Insiden Letupan di Bukit Damansara

Tambah ke Sumber Pilihan
Keselamatan Kampus Jadi Keutamaan Susulan Insiden Letupan di Bukit Damansara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga di semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sentiasa terjamin susulan insiden letupan tragis di sebuah universiti swasta baru-baru ini. 

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sistem pendingin hawa sedang dijalankan, mengakibatkan seorang mangsa maut manakala sembilan yang lain cedera. Mangsa yang tercedera termasuklah empat orang pelajar universiti berkenaan.


615466279 1342300394596594 7972185779939224815 N

Susulan kejadian itu, KPT telah mengarahkan pihak universiti terlibat untuk mengambil langkah-langkah proaktif berikut:

  • Pemeriksaan Keselamatan Segera: Menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua kemudahan kampus bagi mengelakkan risiko tambahan.
  • Pengesahan Pihak Berkuasa: Memastikan kawasan yang terjejas disahkan selamat sepenuhnya oleh pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk digunakan semula.
  • Sokongan Menyeluruh: Menyediakan bantuan kebajikan, rawatan perubatan, serta sokongan psikososial kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.

KPT turut merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Artikel berkaitan : Pelajar Universiti Meninggal Dunia Dirempuh Motosikal Di UiTM Kampus Machang

Artikel berkaitan : KPT Minta Pelajar Daftar Dahulu, Maklum Sekiranya Berdepan Masalah

Kementerian memberi jaminan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan demi memastikan persekitaran kampus yang kondusif dan selamat bagi seluruh warga pendidikan tinggi.

615164794 10161982998356746 633227962263635841 N

Dalam pada itu, pihak kementerian akan terus memantau perkembangan insiden ini secara rapat sementara menunggu hasil siasatan lanjut daripada pihak berkuasa. Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KPT turut mengingatkan semua IPT agar sentiasa mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan dan melaksanakan penyelenggaraan berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Sumber : KPT

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Keselamatan Kampus Jadi Keutamaan Susulan Insiden Letupan di Bukit Damansara
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/keselamatan-kampus-jadi-keutamaan-susulan-insiden-letupan-di-bukit-damansara/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM