Kesalahan Had Laju, Emma Watson Tidak Dibenarkan Memandu Selama 6 Bulan

Tambah ke Sumber Pilihan
Emma Watson

Bintang filem Harry Potter, Emma Watson berdepan tindakan undang-undang selepas didapati memandu melebihi had laju hingga menyebabkan lesen memandunya digantung selama enam bulan.

Memetik laporan CNN, pelakon berusia 35 tahun itu telah memandu sebuah Audi berwarna biru pada kelajuan 61 kilometer sejam di kawasan had laju 48 kilometer sejam di Oxford, England, dalam kejadian yang berlaku pada 31 Julai tahun lalu.


Screenshot 2025 07 19 At 9.50.26 Am

Artikel berkaitan: “Dipandu dua kali ganda had laju” – MOT Dedah Punca Nahas Bas Bawa Penuntut UPSI

Artikel berkaitan: Nahas Bas Pelajar UPSI: Lesen Pengendali Bas Dibatalkan Serta Merta

Walaupun tidak hadir ke Mahkamah Majistret Tinggi Wycombe bagi prosiding pada Rabu lalu, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman denda sebanyak £1,044 (bersamaan kira-kira RM6,200) ke atas Watson.

Selain itu, lesen memandunya turut digantung secara automatik mengikut undang-undang jalan raya di United Kingdom.

Difahamkan, Watson sudah memiliki sembilan mata penalti pada lesen sebelum ini dan kesalahan terbaharu itu menyebabkan tiga mata tambahan dikenakan sekaligus mencukupi untuk menggantung lesennya selama enam bulan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kesalahan Had Laju, Emma Watson Tidak Dibenarkan Memandu Selama 6 Bulan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kesalahan-had-laju-emma-watson-tidak-dibenarkan-memandu-selama-6-bulan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM