Nahas Bas Pelajar UPSI: Lesen Pengendali Bas Dibatalkan Serta Merta

Tambah ke Sumber Pilihan
Nahas Bas Pelajar UPSI: Lesen Pengendali Bas Dibatalkan Serta Merta

Sehubungan dengan insiden kemalangan maut yang membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik pada Isnin lalu, Kementerian Pengangkutan telah membatalkan lesen pengendali bas yang mengendalikan perjalanan itu serta merta.

Menterinya, Anthony Loke, berkata keputusan tersebut telah dibuat berikutan pelanggaran syarat lesen pengendalian dengan menyifatkan sebagai kecuaian dan tidak boleh dimaafkan.


Artikel berkaitan : “Stop lah buat, hormat keluarga mangsa” – Netizen Kecam Tindakan Buat Gambar AI Nahas Pelajar UPSI

Artikel berkaitan : Nahas Bas Pelajar UPSI: Penumpang Dakwa Bas Bau Hangit, Gerak Laju & Terhuyung-hayang

“Rayuan tidak akan dilayan kerana ini menunjukkan kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.”

Tambah beliau, siasatan mendapati bahawa pemilik permit tidak mengendalikan sendiri operasi bas berkenaan, tetapi mereka memajakkan permit kepada pihak ketiga.

“Kita mendapati pemegang permit bas tersebut, yang merupakan sebuah bas persiaran, mempunyai dua permit. Satu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengendalikan bas persiaran. Kedua daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Pemilik permit tersebut sebenarnya tidak mengoperasikan bas tersebut. Daripada siasatan kita, kita mendapati bahawa pemilik ini telah memajakkan pemit itu kepada pihak lain. Pemilik permit ini beralamat di Kedah, tetapi dia memajakkan permit itu kepada seorang individu dari Kelantan dengan hanya RM500 sebulan.”

Download

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa ia jelas sama sekali telah melanggar syarat permit kenderaan, malah pihak terbabit juga telah gagal menyerahkan laporan Sistem Pengesanan Global (GPS) kerana ia tidak dipasang atau diaktifkan.

Tambah Loke lagi, kegagalan dalam mengaktifkan GPS dan sikap lepas tangan terhadap aspek keselamatan telah menunjukkan tahap kecuaian dalam pengendalian bas.

Dalam pada itu, berkenaan dengan isu masalah brek seperti mana yang didakwa oleh pemandu, pihaknya akan melakukan laporan dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kita akan buat laporan yang lebih terperinci, laporan forensik dan sebagainya, untuk melihat sama ada betul atau tidak dakwaan itu.”

“Tetapi, daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya yang lain, amat jelas bahawa ketika itu, bas itu memotong dengan laju, memecut dan akhirnya dia terbabas.”

Tragedi Pelajar Upsi Bas

Untuk rekod, seramai 15 pelajar UPSI maut selepas bas yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan jenis MPV, Perodua Alza di Kilometer 53, JRTB Jeli-Gerik, di Gerik.

Sumber : Buletin TV3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Nahas Bas Pelajar UPSI: Lesen Pengendali Bas Dibatalkan Serta Merta
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nahas-bas-pelajar-upsi-lesen-pengendali-bas-dibatalkan-serta-merta/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM