in

Kes Tunjuk Penurunan 4 Angka Dua Hari Berturut-turut Tapi Kes Di Kelantan Naik Mendadak

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes harian Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan penurunan berterusan di mana hari ini, kita telah mencatatkan sebanyak 8,075 kes positif.


Bukan itu sahaja, kes harian Covid-19 telah menujukkan penurunan sebanyak empat angka selama dua hari berturut-turut dengan kes sebanyak 9,066 dicatatkan semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan yang Sarawak masih menjadi negeri dengan kes tertinggi sebanyak 1,189 kes.

Hzmsia1204

Sementara itu kes di Kelantan meningkat secara mendadak ke 1,020 kes positif hari ini daripada 729 kes semalam menjadikan ia negeri kedua tertinggi.

Diikuti dengan Pulau Pinang (843 kes) dan Johor (781 kes).

Di Selangor dan Kuala Lumpur kes berterusan menurun ke 686 dan 151, lapor Malay Mail.

Selain itu, mengikut status terkini Covid-19 setakat 3 Oktober 2021 jam 11.59 malam pula, sebanyak 118 kematian telah dicatatkan dan dari jumlah ini, 27 kematian adalah pesakit brought in dead.

Jumlah pesakit di ICU pula adalah seramai 382 orang yang tak memerlukan alat bantuan pernafasan dan 478 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Fa0C2V9Vkai2Tuy

Harapnya semakin tinggi kadar vaksin dekat negara kita ni, makin menurun lagi lah kes positif. Amin…

 

Baca: [TERKINI] Mulai 16 September Ini, Pelancong Wajib Buat Swab Test Sebelum Ke Langkawi – KJ

Screenshot 2021 10 04 At 4.02.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.