in

Kes Pembunuhan Wartawan, Jamal Khashoggi : Pelaku Bebas Dari Hukuman Mati! Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Untitled Design 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, mahkamah Arab Saudi telah menggantikan hukuman terhadap pembunuh wartawan The Washington Post, Jamal Khashoggi, yang sepatutnya hukuman mati kepada penjara masing-masing antara 7 hingga 20 tahun sebagai keputusan terakhir.


Hukuman tersebut diringankan kerana Salah Khashoggi, anak lelaki mangsa, telah “memaafkan” pembunuh-pembunuh ayahnya pada Mei tahun ini.

Sk

“Lima pesalah dihukum sehingga 20 tahun penjara. Seorang lagi dihukum sehingga 10 tahun penjara dan dua lagi dijel sehingga tujuh tahun,” – Jurucakap untuk pihak pendakwa raya.

Bagaimanapun keputusan ini dikritik oleh tunang mangsa, Hatice Cengiz, dan menganggap keputusan itu sebagai satu sandiwara.

Siapa dalang? Siapa arahkan? Di mana mayatnya? Ini adalah perkara asas dan penting yang masih tidak terjawab,”– Hatice Cengiz

 

Lokasi kejadian

Mangsa kali terakhir dilihat di Bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki pada 2 Oktober 2018.

 

Tujuan Jamal datang ke Istanbul

Jamal datang ke konsulat Saudi untuk mendapatkan dokumen penceraian dengan bekas isterinya. Dia memerlukan dokumen tersebut untuk mengahwini Hatice.

Sebenarnya dalam perancangan Jamal, dia mahu uruskan sepenuhnya urusan perkahwinan tersebut di Amerika Syarikat tapi dia ‘diumpan’ supaya ke Konsulat Saudi, Istanbul.

Sebelum dilaporkan hilang, Jamal pernah menyatakan kerisauannya kepada kawannya tentang keselamatan dirinya dan malah pernah menyuruh Hatice menghubungi pihak berkuasa Turki sekiranya dia gagal dihubungi.

 

Kronologi kejadian

Pada hari tersebut (2 Oktober 2018), Hatice menemani mangsa pergi ke konsulat tetapi dia hanya tunggu di dalam kereta. Jamal memasuki bangunan konsulat pukul 1 petang namun, sehingga jam 4 petang wartawan itu masih tak kelihatan.

Yy

Risau akan keselamatan tunangnya, Hatice telah menghubungi Yasin Aktay, penasihat kepada Presiden Erdogan yang juga merupakan kawan kepada Jamal dan melaporkan tentang kehilangan mangsa. Setelah itu, siasatan polis dijalankan.

Mereka dimaklumkan oleh kerajaan Saudi bahawa Jamal telah keluar melalui pintu belakang konsulat dan tidak pasti akan keberadaan wartawan itu. Namun Turki yakin bahawa wartawan The Washington Post itu masih berada di situ.

Adakah Jamal budak kecil? Tunangnya sedang menunggu di luar…Mereka fikir dunia ini bodoh…” – Presiden Erdogan

Rrr

 

Rakaman audio mengerikan menunjukkan saat akhir mangsa

Berdasarkan rakaman audio terakhir sebelum mangsa dibunuh, dapat digambarkan Jamal bergelut sebelum dia tercungap dan dipotong dengan gergaji, hidup-hidup…BAYANGKAN!

Malah dilaporkan wartawan itu dibunuh selepas rundingan untuk menyuruhnya pulang ke Saudi gagal.

“Saya tak boleh bernafas” – kata-kata terakhir wartawan itu.

Selain suara mangsa, suara suspek juga kedengaran. Suspek mengatakan kepada seseorang bahawa

“saya tahu cara memotong” dan “…pembunuhan sudah selesai.”

Juga kedengaran suara gelak tawa seakan-akan perkara itu biasa-biasa saja.

 

Mayat mangsa

Jamal dipercayai dibunuh di dalam konsulat sebelum mangsa dikerat dan mayatnya dilupuskan. Pasukan forensik telah menjumpai bahagian badan manusia dipercayai kepunyaan Jamal di tingkat bawah bangunan konsulat tersebut. Namun, selebihnya masih kekal misteri.

Fffh

 

Teori kenapa Jamal dibunuh?

Putera Saudi, Mohammed bin Salman mengatakan bahawa pembunuhan ini tidak dirancang namun pendedahan audio tersebut menimbulkan sangsi orang ramai lebih-lebih lagi kes ini mendapat liputan meluas sekali gus telah menjejaskan kredibiliti kewibawaan negara itu secara global.

Ggg

Ada spekulasi mengatakan Putera Salman yang merancang pembunuhan itu kerana kelantangan Jamal dalam mengkritik rancangan putera untuk memerangi Yaman dan memulaukan Qatar.

Spekulasi lain juga mendakwa bahawa mangsa dibunuh kerana rancangan beliau untuk menubuhkan sebuah pusat pentadbiran Ikhwan Muslimin di Turki dengan bantuan dana Turki dan Qatar di mana dua negara itu pro-Ikhwan Muslimin dan pesaing kuat kepada dominasi Arab Saudi di Timur Tengah.

Namun, sehingga sekarang tiada punca khusus kerana dalangnya tiada atau tak didedahkan. Maklumat suspek juga tak didedahkan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Apa yang jelas ialah Jamal Khashoggi seorang yang tegas. Walaupun beliau tahu keselamatannya terancam, dia masih kekal dengan pendiriannya terhadap kerajaan Saudi. Siapa pun dalangnya, kita tahu dalang itu takut dengan rancangan beliau.

 

Sumber : BBC News , Berita Harian , Sinar Harian

 

Baca : “Mereka ada hak” – Putera Arab Saudi Sokong Pemerintah China Tindas Muslim Uighur Di Kem Tah

Ttt

Sumber: BBC
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.