in

Kes Basikal Lajak: Jurujual Wanita Langgar 8 Remaja Berbasikal Dibebaskan Mahkamah Majistret

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan pemandu wanita daripada tuduhan secara melulu, sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal pada 4 tahun lalu.


Keputusan ini dibuat oleh Majistret Siti Hajar Ali selepas tertuduh, Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada Februari lalu.

Siti Hajar dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Beliau menyambung, keterangan yang diberikan tertuduh ketika membela diri adalah munasabah dan bukannya penafian atau rekaan semata-mata.

“Setelah mendengar keterangan dikemukakan dan menimbang hujah pendakwaan serta pembelaan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan kesalahan ke atas tertuduh”

“Ini selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” ujar beliau.

Antara alasan mahkamah membuat keputusan tersebut adalah dengan mengambil kira keterangan tertuduh yang tidak ada pengetahuan tentang aktiviti basikal lajak pada pukul 3 pagi di lokasi kejadian.

Untuk rekod, remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Sumber: Berita Harian, Kosmo

BACA: “Padan muka!” – Ibu Bapa 6 Budak Ampang Ditahan Polis Sebab Bagi Anak Bawa Basikal Lajak

Capture 6

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.