“Kerja siapa ni??” – [VIDEO] Niat Nak Sedekah Bubur Kacang, Tapi Ada Pihak Aniaya Letak Selipar & Mask?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kerja siapa ni??” – [VIDEO] Niat Nak Sedekah Bubur Kacang, Tapi Ada Pihak Aniaya Letak Selipar & Mask?

Bulan puasa merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu kerana penuh kerahmatan, disebabkan itu ramai juga yang tak ketinggalan untuk banyakkan amal ibadah sepanjang Ramadan ini.

Antaranya termasuklah bersedekah kepada orang yang memerlukan ataupun ada juga peniaga-peniaga yang ambil peluang dengan memberikan juadah percuma kepada pelanggan mereka.


Tetapi, semalam kecoh di TikTok selepas seorang peniaga lelaki yang dikenali sebagai Ashri memuat naik satu video yang mengejutkan orang ramai.

Menjadi satu rutin, Ashri akan memberi bubur kacang atau bubur pulut yang disediakan oleh kakaknya sendiri kepada pelanggan-pelanggan yang datang secara percuma dengan niat untuk bersedekah.

“Mask pun ada kat dalam…”

Namun, saat dirinya membuka penutup bekas bubur, dia mendapati ianya penuh dengan selipar dan juga pelitup muka yang telah dipakai sekaligus turut mengejutkan pengguna TikTok yang lain.

Komen Full 7Sumber: TikTok

Sedih dan kecewa, Ashri terpaksa akur kerana tidak dapat meneruskan rutinnya tetapi masih mampu bersangka baik dengan mengatakan bahawa tiada rezekinya untuk berikan bubur kacang kepada pelanggannya.

“Memang completely tak boleh makan, takkan nak diam diam bagi customer je. Tak tahu siapa yang buat macam ni.” – Luah Ashri

Tambah Ashri, dia sendiri tidak tahu siapakah individu yang tergamak melakukan perkara itu dan mendakwa bahawa ada pihak yang cuba untuk menganiaya dirinya. Allahu, semoga tabah ya!

Tak baik tau buat orang macam ni… Untuk Ashri sekeluarga, semoga benda yang jadi ni tak putuskan semangat awak untuk terus bersedekah ya!

Baca: [VIDEO] Kecewa Mi Goreng Sotong Berulat, Netizen Dakwa Kedai ‘Famous’ Kena Sihir?

Collage 34

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kerja siapa ni??” – [VIDEO] Niat Nak Sedekah Bubur Kacang, Tapi Ada Pihak Aniaya Letak Selipar & Mask?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kerja-siapa-ni-video-niat-nak-sedekah-bubur-kacang-tapi-ada-pihak-aniaya-letak-selipar-mask/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM