in

Keretapi Sarong 2024 Berjaya Bawa Tema Bangga Malaysia, Lanai @ Matic Sebagai ‘Lokasi Rahsia’

Ft Keretapi Sarong 24

Keretapi Sarong 2024 (KS24) yang diadakan sempena hari Malaysia baru-baru ini nampaknya masih menjadi sebutan ramai. Hampir setiap hari, pastinya ada momen-momen yang dikongsikan oleh peserta acara tersebut di media sosial walaupun ianya sudah lama berakhir.

Untuk korang yang mungkin ‘tertinggal keretapi’, Keretapi Sarong adalah satu acara perpaduan budaya yang diadakan pada setiap tahun bagi menyambut Hari Malaysia. Acara ini telah memasuki edisi ke-8 dengan setiap tahun membawakan tema yang unik.

Keunikan acara Keretapi Sarong ini terletak pada pemakaian kain sarong yang berwarna-warni, sebelum peserta berkumpul di stesen-stesen keretapi yang ditetapkan untuk menuju ke sebuah lokasi rahsia sebagai stesen terakhir.

460430396 10161748934429437 4644169443197663884 N

Tahun ini, KS24 kembali dengan penuh warna-warni, menghidupkan semangat Hari Malaysia ke-61 dengan menonjolkan kekuatan pelbagai jenama tempatan yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia.

Tema Keretapi Sarong 2024

Membawakan tema ‘Bangga Malaysia’, KS24 mengangkat kehebatan jenama tempatan yang luar biasa, yang bukan sahaja memikul identiti negara tetapi turut menyerlahkan kreativiti dan potensi komersil di peringkat nasional dan antarabangsa.

Seperti edisi sebelum-sebelum ini, lokasi rahsia tahun ini iaitu di Lanai @ MATIC juga diumumkan pada saat-saat akhir kepada para peserta yang mula berkumpul di beberapa stesen keretapi di sekitar Lembah Klang bagi mengekalkan keterujaan sambutan tahunan Hari Malaysia tersebut.

459796544 10161748934964437 4041544182733966863 N

Dsc 0242 Arz06325

Bukan sekadar tema, pemilihan ‘Bangga Malaysia’ juga adalah kenyataan kukuh tentang kebanggaan negara kita terhadap jenama tempatan. Selain meraikan penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia, kreativiti serta ketahanan jenama Malaysia ini boleh dipamerkan. Secara tidak langsung, mereka ini boleh dijadikan simbol perpaduan dan juga warisan budaya.

460416884 10161748933624437 7103893282893997499 N

Tahun ini, Keretapi Sarong mencapai satu tahap yang baru apabila menerima pelbagai kerjasama dari lebih 40 Rakan Strategik dan juga barisan penaja yang menyumbang secara unik bagi meraikan kesepaduan tema “Bangga Malaysia” melalui kempen-kempen khas mereka seperti :

Prasarana

Selaku peneraju utama pengangkutan awam negara, Prasanara berperanan penting bagi memastikan kelancaran Keretapi Sarong sejak 2017, memudahkan ribuan peserta untuk menikmati pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan.

ERL (melalui KLIA Transit)

Pihak ERL mengadakan kempen “Ekspres Lah Best” yang turut menonjolkan pelbagai keunikan daya tarikan lokal kebangaan Malaysia dengan susunan pelbagai aktiviti menarik.

Tahun ini, ada tawaran istimewa pergi dan balik untuk pemakai sarong dari Putrajaya & Cyberjaya ke KL Sentral pada 14 September lalu dengan hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

AirAsia 

Bagi menghormati akar umbi tempatan dan kebangaan negara, AirAsia juga mengajak rakyat Malaysia untuk mengenang perjalanan mereka bersama syarikat penerbangan tersebut dengan kempen “Kemangan Malaysia Bersama AirAsia”.

Hotlink – #HotlinkJaguh5GUntukMalaysia Aktifkan #KeretapiSarong24

Sokongan Hotlink untuk KS24 ialah dengan mengaktifkan jaringan supaya rakyat kekal berhubung dengan rangkaian yang pantas. Secara khususnya, Hotlink membantu memudahkan perjalanan acara dengan membolehkan peserta berkongsi pengalaman, mendapatkan maklumat terkini dan menikmati kelancaran sepanjang acara berlangsung.

Siti Khadijah (SK)

Jenama telekung terkemuka, Siti Khadijah juga melancarkan kempen bergaya dengan mengetengahkan semula kain pelikat tradisional, menggabungkan fesyen kontemporari dan juga warisan.

HAUSBOOM & Bulan Bintang

Dua jenama yang tidak asing dalam kalangan masyarakat tempatan ini juga tidak ketinggalan meraikan tema ‘Bangga Malaysia’ di acara KS24 ini. HAUSBOOM dengan kempen meraikan keunikan rasa Malaysia dengan  minuman buatan tempatan manakala Bulan Bintang tampil menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengenakan pakaian tradisional tersebut dengan penuh bangga, sesuai dengan tagline mereka ‘Make Baju Melayu Great Again’.

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kempen BSN menonjolkan komitmen mereka untuk menyokong aspirasi rakyat Malaysia merentas generasi, secara tidak langsung ia mencerminkan peranan mereka dalam pertumbuhan dan juga perpaduan negara.

Selain itu, kejayaan KS2024 turut diperkuatkan oleh penyertaan aktif rakan-rakan komuniti seperti Infinix, UiTM Melaka, TGV Cinemas, Gardenia, dan Hi Lighter Studio, Malaysia Fashion Creativity Award (MFCA dan lain-lain).

Selain itu, menambahkan lagi kemeriahan KS2024 adalah penampilan istimena Noraniza Idris yang tidak asing lagi dengan minat mendalamnya terhadap seni muzik etnik kreatif, selaras dengan mood dan suasana acara.

Dikenali dengan lagu-lagu klasik dan tradisional Melayu yang tidak lapuk dek zaman,
Noraniza Idris telah membawa sentuhan budaya yang autentik kepada sambutan kali ini, seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan acara ini dengan warisan Malaysia.

1726390746177

KS2024 dalam masa yang sama, turut dimeriahkan dengan penglibatan pelbagai komuniti dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia, menambahkan lagi keceriaan dan mempamerkan kekuatan perpaduan dalam kepelbagaian.

Untuk mereka yang ketinggalan edisi kali ini, boleh ikuti laman web rasmi pihak penganjur iaitu LOCCO untuk mengetahui pelbagai perkembangan terkini.

Sumber: Facebook