Kereta Kesan ‘Pemandu Keletihan’ Kerana Matanya Yang Kecil

Tambah ke Sumber Pilihan
Pemandu Keletihan

Seorang pemilik kenderaan elektrik Xiaomi SU7 Max di China mendakwa terpaksa membuka matanya “seluas mungkin” ketika memandu bagi mengelak sistem keselamatan kereta menganggapnya sedang mengantuk.

Screenshot 2025 06 22 At 12.03.54 Pm

Menurut laporan Harian Metro, Li, pemuda dari Wilayah Zhejiang, berdepan kejadian pelik apabila sistem amaran keletihan dalam kenderaannya kerap berbunyi dan memberi peringatan “sila fokus pada pemanduan” walaupun beliau sebenarnya berjaga dan memberi perhatian sepenuhnya di jalan raya.


“Apabila saya membuka mata seperti biasa, saya dengar bunyi amaran. Nampaknya mata saya sangat kecil sehingga kereta menyangka saya akan tertidur.”

Kereta berprestasi tinggi itu yang mampu memecut 0–100 km/j dalam hanya 2.78 saat menjadi rebutan ramai sejak dilancarkan, namun isu sistem pemantauan pemandu ini mencetuskan kekeliruan dan gangguan kepada sesetengah pengguna.

Screenshot 2025 06 22 At 12.03.40 Pm

Artikel berkaitan: Letih Main Game Hingga Lewat Malam, Pemuda Ini Cemas Tak Dapat Tutup Mulut Lepas Menguap Terlalu Kuat

Artikel berkaitan: Berselisih Faham Dengan Isteri Punca Lelaki Hilang Fokus Bawa Kereta Lawan Arus

Li mengadu sistem itu memberi amaran hampir 20 kali semasa pemanduan singkat dan menyebabkan ketidakselesaan.

Pengguna lain turut meluahkan pengalaman serupa melibatkan jenama EV buatan China yang lain seperti Deepal dan Lynk & Co.

Xiaomi dalam kenyataan susulan menjelaskan bahawa sistem pemantauan keletihan dipasang sebagai ciri keselamatan dan berfungsi melalui kamera yang mengesan tumpuan pemandu.

Ciri ini boleh dimatikan dalam tetapan, namun syarikat tidak menggalakkan pengguna berbuat demikian demi keselamatan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kereta Kesan ‘Pemandu Keletihan’ Kerana Matanya Yang Kecil
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kereta-kesan-pemandu-keletihan-kerana-matanya-yang-kecil/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM