in

“Kereta bau macam bangkai”- Wanita Tiba-tiba Perasan Ada Darah Menitik Dari Kereta, Rupanya Ada Ular Sawa Mati Dalam Enjin!

Cats 7

Siapa tak terkejut bila nampak ada darah tiba-tiba menitik keluar dari kereta? Memang terkejut beruk! Masa tu, mesti otak dah fikir ‘macam-macam’ dah.

Tular di Twitter semalam satu kisah yang dikongsikan oleh adilakaman yang terkejut bila dia tiba-tiba nampak ada darah menitik dari kereta.

Menerusi perkongsian video dari wanita itu yang mendapat tontonan lebih 200 ribu serta hampir 16 ribu retweet dan 10 ribu likes, video tersebut menunjukkan yang ada darah menitik dan siap ada lalat hurung ‘benda’ yang berdarah itu.

Mula-mula, wanita itu periksa bahagian depan kereta takut ada terlanggar apa-apa yang dia tak perasan tapi tak ada apa-apa pun. Ni lagi curious ni.

Wanita itu ceritakan yang kereta dia tiba-tiba bau bangkai yang sangat kuat, dari jauh boleh bau. Memang loya tekak bila bau tu. 

Capture 7

Tak fikir panjang, terus dia call member untuk minta tolong.

Lepas member datang suluh kereta, rupa-rupanya ada ular sawa sebesar lelaki dewasa tersepit dalam kereta!

Ex5Gn4Fwuaqguv

“Uish besaq ulaq ni. Kalau dia bukak mulut dia, muat nak makan Kak Dila ni.”

Punya besar ular itu sampai kena keluarkan bateri dan buka fender kereta. Ular tu memang dah melilit dalam kereta tak ingat dunia weh.

Ex5Hpn4Xmaujquf

Wanita itu bersyukur sangat sebab ada rakan-rakan kerja yang sanggup datang tolong nak keluarkan ular sawa yang sudah mati dalam kereta itu. Dikelilingi dengan orang-orang yang baik pun dikira rezeki tau.

Rakan-rakan yang datang tolong itu cakap ular tu susah nak dikeluarkan sebab ekor dia dah naik sampai dashboard. 

“Bukak la apa pun, asalkan ular keluar. Nanti aku pi bengkel.”

Lepas 3 jam bertungkus-lumus baru berjaya keluarkan ular tersebut yang hampir 3.6 meter panjang. Kau rasa?

Ex5Kmp9Xaagj7Q9

Wanita itu memang berterima kasih sangat-sangat dekat rakan-rakannya sebab tolong bantu keluarkan ular tersebut dari dalam kereta. Bukan setakat dah tolong keluarkan, siap tolong basuhkan kereta lagi tau. Lepastu pasang balik apa yang diorang dah keluarkan dari dalam kereta itu. Baik gila diorang ni.

Korang lepasni rajin-rajin la check kereta korang. Takut ada ‘benda’ masuk dalam kereta tu pulak. Hati-hati la ye lepasni.

 

Sumber: adilakaman

Baca: “Hilang terus sembelit”- ‘Hajat’ Wanita Terbantut, Ular Sawa Sepanjang 12 Kaki Ditemui Dalam Mangkuk Tandas

Capture 6

Sumber: adilakaman
Sumber: adilakaman
Sumber: adilakaman
Sumber: adilakaman