Ketika musim cuaca yang tak menentu sekarang ni, kita diingatkan supaya berhati-hati terutamanya ketika menggunakan tandas kerana bimbang ada ‘tetamu’ yang tak diingini pula di dalam bilik air tersebut.
Hal ini sebenarnya telah berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini di Johor Bahru apabila hasratnya ingin menggunakan tandas terbantut gara-gara menemui seekor ular sawa sepanjang 12 kaki di dalam mangkuk tandas. Erkkk!
Menurut Kosmo, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ronnie Robert berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku di Taman Dato’ Syed Idris itu pada 21 Mac lalu sekitar jam 5.11 petang.
Pengadu menyedari kehadiran reptilia itu ketika hendak menggunakan tandas di rumahnya sebelum membuat panggilan kecemasan.
“Ular sawa sepanjang 12 kaki itu berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut sebelum dilepaskan di kawasan yang jauh daripada penempatan awam,” katanya.
Ular itu katanya berjaya masuk ke dalam mangkuk tandas berkenaan melalui saluran paip yang sedia ada di rumah.
“Anggota bomba terpaksa memecahkan ruang saluran mangkuk tandas bagi menangkap reptilia berkenaan,” katanya lagi.
Reptilia itu kemudian dilepaskan di lokasi jauh daripada kawasan perumahan.
Kejadian berkenaan mendapat respon netizen yang berpendapat kemungkinan besar ketika keadaan cuaca yang tidak menentu ini ular tersebut sedang mencari tempat untuk bersembunyi atau menyejukkan diri.
So bagi korang yang nak ke tandas tu hati-hati ye. Jenguk dulu sebelum ‘melepas’.
Baca: [Video] Abang APM Tunjuk Bukti Pakai Belerang Nak Takutkan Ular Hanya Mitos?