in

“Kerana terlalu sayang” – Lelaki China Sanggup Bekukan Mayat Isteri Selama 50 Tahun

Feature 2 1 E1615013977593

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pasangan mengimpikan perkahwinan dan rumah tangga yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat. Namun, untuk lelaki dari Shandong, China ni, dia telah mengambil keputusan untuk membekukan mayat isterinya sebab terlalu sayang, lapor China Press.


Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Gui Junmin telah kehilangan isterinya, Zhan Wenlian yang berumur 49 tahun akibat kanser paru-paru pada tahun 2017.

Frozen 3 E1611466166946

Ketika isterinya sedang sakit tenat, Gui telah mendapat tahu tentang teknologi tangki kriogenik. Untuk pengetahuan korang, teknologi tersebut membolehkan badan manusia dibekukan pada suhu yang terlampau rendah.

Difahamkan, teknologi ini digunakan untuk rawatan penyakit atau untuk pengawetan. Kalau korang yang pernah tengok drama Korea, Melting Me Softly, mesti korang tahu tentang teknologi ni. Admin ingatkan benda ni rekaan semata-mata, rupa-rupanya memang wujud di dunia nyata.

Frozen 5

Selepas berbincang dengan pakar perubatan, Gui memutuskan untuk mencuba teknologi tersebut ke atas isterinya. Katanya, pada masa tu, isterinya sudah nazak sebab sel kanser terbabit telah merebak hingga ke otak. Zhan juga tidak dapat mengawal otot wajahnya.

Menurut Gui, isterinya itu sudah memberi kebenaran kepada dirinya untuk menggunakan teknologi tangki kriogenik itu.

Setelah jantung Zhan berhenti berdegup pada 8 Mei 2017, wanita itu terus menjalani pembedahan selama 55 jam untuk pembekuan mayat.

Gui sempat menatap wajah isterinya buat kali terakhir sebelum tubuh wanita itu diletakkan di dalam tangki kriogenik dan akan dibekukan selama 50 tahun. Menurutnya, isterinya nampak seperti sedang tidur. Ni memang betul-betul setia hingga hujung nyawa. 

Frozen 2

Tangki kriogenik terbabit telah diisi dengan 2 ribu liter liquid nitrogen dan suhunya pula telah ditetapkan pada -196 darjah Celsius.

Yang lagi menakjubkan, Zhan bukanlah orang pertama yang menjalani proses pembekuan ni. Untuk rekod, sebanyak 10 mayat yang berumur dari 13 hingga 72 tahun juga telah dibekukan di Institut Penyelidikan Sains Hayat Yinfeng sehingga kini. 

Baca: “Suami pangku mayat isteri sambil menangis” – Guru Mati Dibunuh Orang Tak Dikenali, Mayat Ditemui Dalam Keadaan Bertelekung

Isteri

Sumber: China Press
Sumber: Soompi
Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.