in

“Suami pangku mayat isteri sambil menangis” – Guru Mati Dibunuh Orang Tak Dikenali, Mayat Ditemui Dalam Keadaan Bertelekung

Bnuh Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang admin terfikir… kenapa manusia sekarang makin kejam? Menurut Astro AWANI, seorang guru wanita berusia 30-an telah ditemui mati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tak dikenali pada tengah hari semalam. 


Kejadian yang berlaku di Kampung Banggol, Jeneri, Sik ni katanya terjadi antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Mangsa kemudian telah ditemui oleh ahli keluarga dalam tertiarap dan masih memakai telekung. Allahu…. 

75580178 2532559796981490 3049348933877760000 O
sumber: facebook

 

Ingatkan isteri tengah tidur tapi… 

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas katil sebuah bilik dan masih memakai kain telekung.

Mangsa, Fauziah Yop juga difahamkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibunuh.

73375457 2532559830314820 1378979579154137088 N
sumber: facebook

Sebelum kejadian itu berlaku, suami mangsa, Hamzah, 51, telah keluar dari rumah untuk mengambil anak bongsu mereka di sekolah. Jelas Abduk Razak, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang pulang ke rumah terkejut mendapati mangsa dalam keadaan tersebut.

Lebih menyedihkan, pada awalnya, suami mangsa menyangka isterinya sedang tidur tapi sebaik mengejutkan isterinya, didapati wanita itu tidak memberi tindak balas dan terkejut apabila mendapat tahu mangsa sudah tidak bernyawa. 

Hasil siasatan juga mendapati terdapat kesan barangan berselerak dipercayai akibat digeledah.

 

“Saya lihat lelaki itu memangku mayat isterinya sambil menangis…” – Saksi 

Menurut Muhd Sukri, saksi kejadian, dia bersama 3 orang kampung ke rumah guru berkenaan lepas dipanggil anak bongsu mangsa.

“Saya lihat lelaki itu memangku mayat isterinya sambil menangis, mulut arwah (mangsa) berdarah dan keadaan biliknya berselerak. 

“Tak sangka kejadian ini berlaku, arwah selalu ke gerai saya membeli ayam. Dia seorang yang baik serta peramah,” katanya.

73513606 2532559876981482 7561858135896358912 N
sumber: facebook

Hamzah yang enggan ditemu bual sempat berkata dalam sebak, “Saya tak mahu cerita apa-apa, tak sanggup saya hendak baca berita mengenai kematian isteri saya.” 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sedihnya… semoga keluarga mangsa tabah.

Baca: “Selamat bertemu dengan arwah di alam sana nanti” – Bunuh Kerat 8: Lelaki Singapura Didakwa Hari Ini

Bunuh 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.