in

Kerajaan Kelantan Beri Kelonggaran Benar Akad Nikah Dihadiri 20 Orang Dalam Tempoh PKP

Akad Boleh 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, perkahwinan di musim COVID 19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sesuatu majlis tidak boleh dihadiri oleh ramai orang dan cukup sekadar pengantin dan ibu bapa pengantin sahaja.


Walau bagaimanapun, kerajaan Kelantan hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan majlis akad nikah dihadiri oleh 20 orang ketika dalam tempoh PKP diadakan berbanding tujuh orang sebelum ini, lapor Bernama.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata, perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Kita putuskan beri kelonggaran melibatkan 20 orang iaitu 10 orang sebelah pengantin perempuan dan selebihnya pengantin lelaki.

“Bagaimanapun, kenduri perkahwinan masih tidak dibenarkan. Perkara ini, akan dimaklumkan kepada JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan) untuk kelulusan dalam waktu terdekat,” jelasnya.

Wah untunglah orang Kelantan, at least ramai yang boleh saksikan majlis akad nikah. Apa-apapun pastikan jaga SOP ye. Stay safe! 

Baca: Bakal Pengantin Di Kedah Perlu Buat Ujian Covid-19 Sebelum Bernikah

Akad Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.