in

Kerajaan China Haramkan Selebriti, Influencers Tayang Harta & Kemewahan Di Media Sosial

Cover 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan influencers di China kini dilarang daripada mempamerkan kekayaan mereka atau sebarang bentuk ‘keseronokan yang melampau’ di media sosial. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk merombak industri hiburan negara itu.


Menurut laporan Business Insider, badan Pentadbiran Ruang Siber China mengumumkan pada Selasa (23 November 2021) lalu bahawa akaun media sosial selebriti dan kelab peminat perlu mengikut peraturan dan mempromosikan nilai teras sosial serta gaya hidup yang sihat.

1 1 1

Langkah ini susulan tindakan kerajaan China yang mahu mengawal industri hiburan yang semakin berkembang. Sebelum ini, Parti Komunis China berkata skandal-skandal yang berlaku telah menyebabkan kekacauan sosial di negara itu dan ia perlu dihentikan.

Kerajaan China turut melarang selebriti dan influencers daripada menyebarkan khabar angin palsu, menerbitkan maklumat palsu, melakukan provokasi terhadap kumpulan peminat agar menyerang secara lisan antara satu sama lain dan menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dalam pengumpulan dana haram.

Untuk menguatkuasakan peraturan baru ini, rangkaian sosial China akan memantau dan melaporkan sebarang aktiviti haram dan jenayah melibatkan selebriti kepada pihak berkuasa.

Apa pendapat anda tentang peraturan baru kerajaan China ini?

Sumber: Business Insider

BACA: Edisi Terhad! Kad ‘Blue-Eyes White Dragon’ Cecah RM55 Juta Dalam Acara Lelongan Di China

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.