in

Kerajaan Beri Kelonggaran Murid Tiada Uniform Sekolah, Pakai Pakaian Biasa Sehingga 26 Mac

Ft Uniformsekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai uniform sekolah dibenarkan untuk memakai pakaian biasa.


Berdasarkan kenyataan itu, mereka diberi kebenaran itu bermula 1 Mac ini hingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021 iaitu pada 26 Mac akan datang.

Sekolah7

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. “Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.”

“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.”

KENYATAAN MEDIA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Tuesday, February 23, 2021

Menurut Harian Metro, KPM berharap kebenaran ini akan memudahkan dan membolehkan murid-murid kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 Mac depan.

 

Baca: [TERKINI] Menteri Pendidikan Umum Tarikh Kemasukan Semula Pelajar Sekolah

Radzi Jidin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.