in

[TERKINI] Menteri Pendidikan Umum Tarikh Kemasukan Semula Pelajar Sekolah

Radzi Jidin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi sesi sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Mohd Radzi Md Jidin hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi pembukaan sekolah di Malaysia.


Berikut antara tarikh yang diumumkan bagi sesi persekolahan yang akan bermula Mac ini:

  • Pra Sekolah / Tahun 1 dan 2: 1 Mac 2021 
  • Tahun 3 hingga 6: 8 Mac 2021

Sesi persekolahan bagi pelajar sekolah menengah (termasuk sekolah swasta) bagi semua tingkatan pula adalah seperti berikut:

  • Kategori A: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu akan bermula pada 4 April 2021. 
  • Kategori B: Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan bermula pada 5 April 2021 

Manakala bagi Kolej Vokasional pula seperti berikut:

  • SVM Tahun 1 & DVM Tahun 1 (Sem 2): 1 Mac 2021 
  • Tahun 3, 4, 5, 6: 8 Mac 2021 

Pembukaan bagi sekolah antarabangsa, institusi pendidikan swasta kategori pusat dan pusat tuisyen akan dibuka mulai 8 Mac 2021.

Rumusan Pembukaan Sekolah KPM

Posted by Bernama TV on Friday, February 19, 2021

 

Dalam pada itu, Radzi juga meminta sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM disaran untuk mengikut tarikh yang ditetapkan KPM dan semua SOP yang dikehendaki.

Harap ibu bapa di luar sana alert ya dengan tarikh-tarikh penting ni. 

Baca: “Sekolah lain patut ikut!” – Sekolah Di Kedah Perkenal ‘Drop Box Station’ Untuk Tolong Pelajar Takde Internet

Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.