in

“Kepala bayi dah keluar…” – Tak Sempat Sampai Hospital, Suami Sambut Isteri Beranak Dalam Teksi

Beranak Dalam Gocar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada cerita dan pengalaman bersalin yang berbeza. Ada yang lalui contraction berjam-jam lamanya tapi ada juga yang lalui proses melahirkan dengan smooth je.


Tapi, bagi wanita dari Jagakarsa, Jakarta ni pengalaman melahirkan anaknya memang lain dari yang lain. Menurut Tribun, Firman memesan Go Car untuk ke hospital membawa isterinya yang sarat mengandung.

Go Car
gambar hiasan

Go Car yang dipandu Yanuar Ishak pun tiba dan mereka naik untuk dihantar ke hospital. Menurutnya, dia tidak tahu dah tiba saat penumpangnya itu untuk beranak. Yanuar hanya menyedari akan hal tersebut bila isteri Firman mengerang kesakitan alami contraction ketika dalam perjalanan.

Lebih dahsyat lagi, ketika dalam perjalanan Firman dan pemandu itu dapati kepala bayi berkenaan dah keluar separuh!

Sebaik tiba di perkarangan hospital tu, isteri Firman dah selamat melahirkan anak mereka dengan bantuannya di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Beranak2

Semuanya berlaku dengan cepat dan bila dapat tahu situasi terbabit, nurse dan doktor pun dengan pantas datang ke kereta untuk tolong potong tali pusat dan uruskan isterinya itu.

Video saat selepas isteri Firman melahirkan anak mereka tu jadi viral dekat media sosial Indonesia lepas dimuat naik satu account di Instagram.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi tersebut selain turut memuji pemandu Go Car berkenaan kerana membenarkan proses itu berlaku di dalam kereta dia.

Kata netizen, lepas ni melimpah ruah rezeki Yanuar disebabkan kebaikan ni dan ada pula yang sempat melawak cakap yang dorang harap bayi tu tak diberi nama GoCar. Haha!

Baca: Sedih Tengok Isteri Tahan Sakit Nak Beranak, Suami ‘Sweet’ Sanggup Menari Dalam Bilik Bersalin!

Menari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.