in

“Time macam ni lah artis nak tolong peminat” – Man Raja Lawak Sumbang RM 50 Ribu Kepada Yang Memerlukan

Combine Man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Man Raja Lawak atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim ingin menyumbang RM 50,000 sebahagian daripada wang kemenangannya dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kepada yang memerlukan.


Dia menyuarakan hasratnya itu menerusi akaun Instagram miliknya dimana dia ingin berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 kepada yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan.

https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/

Katanya, sesiapa yang betul-betul memerlukan pertolongan boleh terus DM dan beri maklumat ke Instagram miliknya kerana dari situ dia akan meneliti setiap permohonan.

Sekiranya tiada respon daripada pihaknya, maka permohonan yang dilakukan gagal, tambahnya.

Dia berharap agar bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan orang ramai mendoakannya supaya murah rezeki dan sihat tubuh badan.

Rata-rata netizen memuji tindakan Man yang cukup concern dengan kesusahan yang dialami oleh beberapa individu di luar sana.

Alhamdulillah Man memang terbaik niat murni tu

Man

Alhamdulillah abang Man

Man 2

Baca : “Satu show pun dah ribu riban tak pandai berjimat ke?” – Netizen Kritik Artis Malaysia Mohon Bantuan Kerajaan, Selebriti Korea Siap Derma Berjuta-Juta!

Artis

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.