in

“Kenapa saya mesti merangkak jumpa Tun M?”

Page Ku Li 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas kita tertanya-tanya sebab disebalik Datuk Zahid Hamidi berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Namun dah didedahkan tujuannya sebab pemangku presiden UMNO itu nak meminta nasihat tentang apa yang berlaku di dalam UMNO sampaikan parti itu ditolak rakyat dalam PRU14.

Nampaknya, ada yang tak setuju dengan tindakan Zahid. Menurut Astro Awani, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah tak ingin meminta nasihat daripada PM yang juga daripada kerajaan Pakatan Harapan.

“Tetapi sekiranya saya pemangku presiden, kenapa saya harus berjumpa dengan Tun M? Saya mengetuai parti yang berlainan, dan dia (Tun M) tidak memihak kepada kita, dia sudah meninggalkan parti kita, parti yang dia sendiri tubuhkan dengan Anwar Ibrahim. Jadi, mengapa mesti ‘merangkak’ berjumpa dia?”

Ty
sumber: youtube

Walaupun beliau mengatakan Tun M sebagai kawan lamanya dan “dia seorang yang istimewa”, namun beliau tak mahu mengulas lanjut mengenai pertemuan antara Zahid dan Tun M.

“Orang tanya saya mengapa Zahid pergi jumpa Dr Mahathir dan minta nasihat daripada dia macam mana nak uruskan UMNO. Itu dia punya hak, saya tak mahu komen.”

Dfd4Vx6U8Ae6Mh3 1
sumber: twitter

Beliau juga mengatakan yang tiada dendam mahupun pergaduhan antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, beliau yang dikenali sebagai Ku Li tak percaya Tun M dan berubah seperti yang diperkatakan peminat dan bekas pengkritik.

“Beliau masih sama cuma pakai baju lain… Baju lama dah buruk. Macam itulah orangnya 23 tahun lalu, dia seperti itu 22 tahun lalu, dan saya rasa dia masih begitu pada hari ini.”

Ada yang tak berkenan rupanya dengan tindakan Zahid Hamidi meminta nasihat Tun M. Tapi tak apalah, bak kata pepatah yang yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Bagus jugak kongsi-kongsi idea ni.

Baca: Ini Sebab Zahid Jumpa Tun M

Zahid Tun 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.