in

“Kenapa nak terasa?” – ‘Spill’ Kes Gangguan Seksual, Individu Dakwa ‘Influencer Islamik’ Ugut Saman?

Syaz Ft 87

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, kecoh di media sosial apabila seorang individu di aplikasi X mendakwa dia mendapat direct message (DM) daripada seorang influencer islamik terkenal berkenaan khabar angin mengenainya.

Pengguna X itu membuka ruangan NGL dan seorang individu berkata influencer tersebut sering ‘mengumpan’ wanita melalui aplikasi Tinder untuk melakukan aktiviti seksual, malah ada juga individu lain yang berkata dia mempunyai bukti berkenaan khabar angin itu.


Artikel berkaitan: Geng Bertopeng Gesa Influencer Turun Padang Hulur Bantuan Berbanding Bagi iPhone Dekat Follower

Artikel berkaitan: “Awak bapak saya ke?” –  Influencer Bersuara ‘Macho’ Dituduh PATI Beri Penjelasan, Kongsi Cerita Asal-usul

Tidak lama kemudian, pengguna X itu berkata dia menerima DM daripada influencer tersebut yang didakwa memberi amaran serta memaki hamunnya kerana menyebarkan kenyataan NGL itu.

Cats 27

“Aku pelik, kenapa kau terasa?! Asalnya NGL aku tu orang taktau pun siapa “influencer” Quran yang anon maksudkan. Dia tak sebut nama, aku pun tak kenal kau siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Kalau takda angin, takkan pokok bergoyang tapi, apabila tiba-tiba kau mesej suruh aku padam, ugut plak nak saman, aku terus skeptikal dengan kau.

Ditambah pula fakers-fakers dan pentaksub-pentaksub yang penyokong kau tiba-tiba datang menyerang dan memaki hamun aku. Maka, aku rasa elok aku tuliskan surat terbuka ini untuk kau,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga individu lain yang membalas ciapan itu dengan laporan polis berkenaan influencer tersebut juga.

Apa kes ni? 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.