in

“Lain macam rasa kacang, pahit pula tu” – Lelaki Kongsi Pengalaman Pahit Termakan Lipas Dalam Minuman

Termakan Lipas Dalam Minuman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak serangga, ramai yang takut dan berasa jijik dengan lipas meskipun ia makhluk berbadan kecil.


Mana taknya, haiwan perosak ini cukup dikenali sebagai serangga yang makan apa sahaja termasuk benda kotor.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Naim Pest Control baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya apabila termakan lipas yang berada dalam minuman.

Artikel berkaitan: “Jangan lari dulu” – NGO Kesihatan Kongsi Tips Hapus Lipas Dalam Tandas, Komen Netizen Bikin Dekah

Artikel berkaitan: “Naik free je”- Video Lipas Masih Hidup Melekat Di Luar Tingkap Kapal Terbang Jadi Perhatian

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang kawalan makhluk perosak, Naim mengakui masih mempunyai sedikit perasaan fobia terhadap serangga ini terutamanya di dalam kereta.

Tinggal minuman dalam kereta

Menurutnya, ketika itu dia membeli air kopi hazelnut di tepi jalan dan meninggalkan minuman tersebut di dalam kereta sementara singgah di sebuah kedai berdekatan.

Setelah kembali daripada kedai, dia telah sambung minum air kopi yang ditinggalkan di dalam kereta tadi.

Katanya, minuman itu mengandungi banyak kacang dan dibekalkan dengan penyedut berdiameter besar.

Apabila dia menyedut minuman itu, dia berasa pelik kerana terdapat isi kacang yang agak besar dan pahit. Namun, apabila dia meluahkan semula isi tersebut, dia mendapati ia bukanlah kacang tetapi lipas!

“Kacang ke ni? Besar betul kacang dia kan. Baik betul orang yang jual air kopi ni. Banyak betul kacang dia letak dalam air kopi ni.

“Aku pun sedut. Bila sampai dekat mulut aku pun kunyah. Aku cakap kenapa lain macam rasa kacang ni. Pahit pula tu… rasa tak sedap hati, rupanya lipas Jerman,” katanya.

Akibat pengalaman pahit itu, Naim menasihati orang ramai supaya tidak memakan makanan yang telah ditinggalkan di dalam kereta.

Katanya, lipas tersebut merupakan seekor lipas Jerman. Berbeza dengan lipas Amerika yang biasa ditemukan di dalam rumah atau kawasan longkang, lipas Jerman banyak bersembunyi dalam kereta.

“Bila ada lipas Jerman, ia cepat membiak. Sesuai duduk dalam kereta terutamanya apabila tidak bergerak dan dengan suhu yang panas,” jelasnya.

Semenjak kejadian itu, dia tidak lagi menjamah makanan yang ditinggalkan di dalam kereta.

Lepas ni jangan tinggalkan makanan dalam kereta!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.