Umum mengetahui, selepas beberapa hari kontroversi melanda rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi serta pasangannya Shuhada Shukri, kini pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 2016 itu akhirnya bercerai.
Meskipun belum mengesahkan penceraian mereka di mahkamah, namun Shuhada menerusi IG Story miliknya menyatakan dia sudah mula mempersiapkan diri untuk berdikari dan memulakan perniagaan atas talian miliknya dengan nama ‘Satu Tak Cukup’.
“Jadi, Shu pilih untuk bina sumber pendapatan Shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ini bukan azam sementara tapi azam mutlak!,” tulisnya.
Selain itu, Shuhada turut menyatakan dia ingin menepis persepsi buruk terhadap semua ibu tunggal di luar sana yang sering dikatakan mengharap bantuan manusia untuk melangsungkan hidup.
Dia turut memberitahu dia bukanlah berasal dari keluarga yang berniaga namun bersyukur kerana ada teman-teman rapat yang sudi membantu dan mengajarnya.
Sebagai info, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Semoga berjaya Shuhada!
Baca: “Tengok puas-puas”- Aedy Ashraf Kongsi Video ‘Belasah’ Hafidz Roshdi